Euforia Bola 2026
Asuh

Momen Paling Bermakna! Nora Danish Tersentuh Anak Sulung Jadi Imam Solat – “My Qiam Partner”

imam solat

Perkongsian Nora Danish yang memaparkan anaknya menjadi imam solat nyata menyentuh hati ramai, apatah lagi dalam 10 malam terakhir Ramadan.

Menerusi laman media sosial milik Nora, dia berkongsi detik bermakna bersama anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Baca juga: Dilahirkan Dengan Kelainan Tangan, Video Ayah Biarkan Anak OKU Menangis Ketika Makan Yogurt Undang Air Mata

ANAK SULUNG NORA DANISH JADI IMAM SOLAT

IMAM SOLAT

Mereka meluangkan masa dengan beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah dalam tempoh istimewa ini. Lebih menyentuh perasaan, Rayqal yang kini berusia 17 tahun dilihat mengimamkan solat, sekali gus menzahirkan rasa syukur dan bangga seorang ibu melihat anaknya membesar menjadi penyejuk hati keluarga.

Momen kebersamaan itu jelas terpancar dengan kebahagiaan apabila kedua-duanya turut meluangkan masa bertadabbur al-Quran.

“Untuk disimpan dişini , menjadi diantara kenangan yang terindah. My Qiam partner. Ramadan ke 27. Semoga menjadi anak penyejuk hati keluarga,” tulis Nora.

Detik itu turut menggambarkan kebahagiaan yang jelas terpancar antara ibu dan anak apabila mereka bersama-sama mentadabbur al-Quran dalam suasana yang penuh ketenangan dan keberkatan.

IMAM SOLAT

Meninjau ruangan komen, ramai warganet menyifatkan momen tersebut sebagai sesuatu yang cukup bermakna. Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar anak-anak pelakon berkenaan membesar menjadi insan soleh serta sentiasa berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.

Untuk rekod, Rayqal merupakan anak hasil perkahwinan Nora bersama ahli perniagaan Rizal Ashram. Mereka mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 sebelum berpisah pada Julai 2008.

Nora juga dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Mohamed Neqayl, hasil perkahwinannya dengan Nedim Nazri.

Baca juga: Baru Usia 6 Tahun, Anak Eyra Hazali Lancar Baca Surah Ad-Dhuha…Ramai ‘Cop’ Hayder Jadi Menantu!

Sumber: Nora Danish

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×