Keadaan tiada bekalan air kadangkala berlaku ketika bermusafir, berkhemah atau berada di kawasan yang mengalami gangguan bekalan.
Dalam situasi seperti ini, ada pasangan suami isteri tertanya-tanya sama ada mereka masih boleh melakukan hubungan intim sedangkan tiada air yang mencukupi untuk mandi wajib sebelum waktu solat.
Baca juga: Mak Ayah Nak Hati Lebih Tenang Hantar Anak Ke Sekolah? Amalkan 3 Doa Perlindungan Ini Setiap Pagi
HUKUM BERJIMAK KETIKA TIADA BEKALAN AIR

Gambar hiasan: Gemini AI
Portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa hukum asal persetubuhan dalam keadaan tersebut adalah harus, namun terdapat beberapa syarat penting yang perlu difahami supaya ibadah solat tetap sah dan tidak menimbulkan kekeliruan.
Baca juga: 6 Amalan Harian Yang Ringkas… Tapi Bawa Nur Seri Pada Wajah, Hati & Jiwa!
Harus jimak walaupun tiada air yang cukup
Menurut penjelasan, seseorang suami diharuskan untuk bersetubuh dengan isterinya meskipun mengetahui tiada air yang mencukupi untuk mandi wajib.
Namun, syaratnya ialah masih ada air yang cukup untuk membasuh kemaluan selepas persetubuhan. Selepas itu, dia boleh bertayamum dan mendirikan solat seperti biasa.

Gambar hiasan: Gemini AI
Permasalahan berkenaan persetubuhan ketika dalam keadaan tiada air telah dibahaskan oleh para ulama mazhab Syafi‘e. Menurut Imam al-Nawawi:
Maksudnya: “Menurut Imam al-Syafi‘e dalam kitab al-Umm dan para ulama mutakaddim mazhab Syafi’i: Seorang musafir dan penggembala yang membawa untanya ke padang ragut harus untuk menyetubuhi isterinya, meskipun dalam keadaan tiada air. Maka dia hanya perlu membasuh kemaluannya setelah bersetubuh dan bertayamum. Para ulama mutakaddim mazhab Syafi’i juga bersepakat bahawa jimak dalam keadaan tersebut adalah harus, dan tidak makruh hukumnya.”
Hal ini ditegaskan lagi oleh Imam al-Ramli, bahawa solat yang didirikan dengan tayamum dalam keadaan tersebut tidak perlu diulang:
Maksudnya: “Diharuskan bagi seseorang lelaki itu untuk menyetubuhi isterinya, meskipun dia tahu tiada air ketika waktu solat. Dia boleh bertayamum dan solat tanpa perlu mengulangi solatnya itu.”
Bila jimak tiada air menjadi haram?
Namun Imam al-Bujairimi memperincikan lagi permasalahan ini dan menurut beliau, jika seseorang itu tidak mempunyai air untuk membasuh kemaluannya selepas persetubuhan, maka haram hukumnya untuk bersetubuh jika telah masuk waktu solat.
Namun jika dia bersetubuh sebelum masuknya waktu solat, hukumnya harus kerana dia belum ditaklifkan untuk mendirikan solat itu sebelum masuk waktunya.
Sumber: Portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
FT Image: Gemini AI
