Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Kongsi Momen Cemas, Simpanan Tabung Haji Anak Makin Berkurang, Trik ‘Scammer’ Memang Licik!

SIMPANAN TABUNG HAJI

Menerusi laman Facebook milik Amirah Che Jaafa, dia ada kongsikan detik mencemaskan apabila duit simpanan Tabung Haji anaknya hampir hilang.

Menurutnya, kejadian ini disedari olehnya apabila duit simpanan anaknya itu semakin berkurang walaupun tidak membuat sebarang pengeluaran.

Baca juga: Budak Lelaki Autisme Hilang Dari Rumah, Hanya Anak Patung Yang Tinggal…

IBU KONGSI KISAH SIMPANAN TABUNG HAJI ANAK HAMPIR HILANG

SIMPANAN TABUNG HAJI

Sedikit perkongsian tentang akaun simpanan Tabung Haji anak. Khamis minggu lepas, saya berkesempatan pergi ke Tabung Haji untuk simpan duit raya anak-anak. Masa di kaunter itu, saya terus tanya staf Tabung Haji:

“Kenapa akaun anak saya tak sama dengan yang saya semak dalam THiJARI? Saya tengok cuma ada RM1,000 lebih sahaja. Macam tak logik sebab masa buka akaun dulu pun dah RM2,000.”

Staf itu jawab,

“Mungkin puan ada buat pengeluaran.”

Saya terus rasa cuak.

“Uishh, tak mungkinlah. Saya ni, terdesak macam mana pun saya tak akan guna duit simpanan anak. Lagi-lagi kalau Tabung Haji, nak buat pengeluaran kena ke kaunter. Saya tak pernah buat pun!”

Staf tu tenangkan saya,

“Okay, saya cuba bantu puan ya. Kita keluarkan penyata akaun anak. Anak atas nama puan, kan?”

Saya jawab,

“Ya, semua atas nama saya.”

Bila penyata dah dikeluarkan, staf tu cakap:

“Puan, pada bulan 3 tahun 2024, puan ada buat pengeluaran sebanyak RM3,000 atas nama Zhafira dan RM1,400 atas nama Zulaikha.”

Saya terus kaku berdiri dekat kaunter. Terkejut sangat. Dalam kepala cuma fikir:

“Banyaknya nak kena ganti…”

Staf minta izin untuk semak lebih lanjut. Saya izinkan.

“Tapi puan, tahun lepas (2024), kita terima banyak aduan akaun anak-anak kena scam. Tapi duit selamat sebab tersekat di akaun penjaga.

Saya masih blur dan kaku sementara dia semak akaun saya sebagai penjaga. Selepas tu dia cakap:

“Puan, duit anak-anak puan selamat. Semua amaun tu tersekat dalam akaun puan.”

Allahuakbar. Saya rasa macam nak pitam masa tu. Serius, dahsyat betul scammer zaman sekarang. Tak ada tempat yang betul-betul selamat dah nak simpan duit.

Saya terus minta staf itu pindahkan semula ke akaun anak-anak. Yang mana ada simpanan Tabung Haji untuk anak, tolong berjaga-jaga ya!

Baca juga: Selalu Merungut Atuk Tiada Di Rumah, Anwar Bawa Cucu Tersayang Ke Pejabat Perdana Menteri

Sumber: Facebook Amirah Che Jaafa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×