Kadar dividen Tabung Haji (TH) 2024 dilaporkan antara yang tertinggi dalam tempoh tujuh tahun iaitu sebanyak 3.25 peratus. Agihan keuntungan itu membabitkan jumlah bernilai RM2.92 bilion, berbanding RM2.72 bilion tahun sebelumnya.
Baca juga: Senarai Penuh Mesin ATM CIMB Boleh Tukar Duit Raya, Bermula 17 Hingga 31 Mac 2025
DIVIDEN TABUNG HAJI 2024 3.25%, TERTINGGI DALAM TEMPOH 7 TAHUN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menjelaskan bahawa agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 9.5 juta pendeposit TH.
Bagi tahun kewangan 2023, TH mengagihkan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus, sama seperti kadar tahun kewangan sebelumnya.
Agihan keuntungan itu membabitkan jumlah agihan sebanyak RM2.72 bilion, berbanding RM2.65 bilion tahun sebelumnya.
Menurutnya, pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang akan dikredit ke akaun masing-masing bermula hari ini.
Baca juga: Cadangan Waktu Perjalanan Untuk Balik Raya, Orang Pantai Timur Ikut Jadual Ini…
Sumber: Berita Harian
