Euforia Bola 2026
Famili

Pelajar Tingkatan 3 Kena Sawan Selepas Hisap Vape, Berlaku Ketika Menjawab Kertas Peperiksaan!

penyakit sawan

Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Kangar dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, selepas diserang penyakit sawan dipercayai kerana menghisap vape.

Kejadian berlaku sekitar 9.35 pagi pada Isnin, apabila pelajar berkenaan bersama dua lagi rakannya keluar kelas tanpa kebenaran guru ketika menjawab kertas ujian Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.

Baca juga: [TERKINI] Bahasa ASEAN Jadi Mata Pelajaran Elektif Di Sekolah! – Fadhlina Sidek

PELAJAR KENA PENYAKIT SAWAN SELEPAS HISAP VAPE

Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin berkata, ketika seorang guru lain mengambil tugasan mengawas di kelas itu, dia mendapati mangsa dipapah masuk ke kelas oleh dua rakannya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mulut berbuih.

Katanya, guru bertugas segera melaporkan perkara itu kepada pentadbir sekolah sebelum menghubungi pihak ambulans dan waris pelajar itu untuk dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Baca juga: “Makeup Sikit Tak Boleh” Murid Dikritik Malas Ke Jamuan Raya Sekolah, Dakwa Peraturan Mengarut!

Baca juga: Ibu Kena Tukar Makanan Anak Kepada 9 Jenis Ini, Bantu Anak Speech Delay Banyak Bercakap!

“Siasatan awal kita mendapati, mangsa dipercayai menghisap vape bersama rakan di tandas sekolah lebih kurang 9.30 pagi.

“Namun begitu, jenis vape belum dapat dikenal pasti oleh pegawai perubatan pada masa ini dan kita membantu pihak sekolah menyediakan laporan awal,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan guru disiplin dan kaunselor sekolah untuk hadir ke HTF bagi siasatan lanjut.

“Pihak sekolah turut menghantar laporan awal kepada Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis,” katanya.

Baca juga: Rakyat ‘Bising’ Jalan Sesak Teruk Sempena Lawatan Presiden China, Bekas Pegawai Polis Kongsi Sebabnya!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×