Euforia Bola 2026
Sihat

Vape Bentuk Mainan Harimau Viral Di Media Sosial, Ibu Bapa Risau Anak Terbeli Sebab Nampak Comel!

tiger pod

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kemunculan produk vape terbaharu yang digelar Tiger Pod.  Ini merupakan sejenis rokok elektronik berbentuk mainan blok dengan karakter harimau comel.

Walaupun kelihatan seperti sekadar permainan, reka bentuknya yang comel ini membuatkan ramai ibu bapa berasa bimbang kerana ia berpotensi menarik perhatian remaja dan juga kanak-kanak!

Baca juga: Rekaan Vape Seperti Marker Pen & Snek Coklat Berleluasa Di Kalangan Pelajar, Ibu Bapa & Guru Mohon ALERT!

Rekaan Comel Buatkan Remaja & Kanak-Kanak Mudah Tertarik, Bahaya Tiger Pod!

tiger pod

Foto: Harian Metro

Berbeza dengan vape biasa yang tampil dalam bentuk moden atau minimalis, Tiger Pod direka seakan permainan kartun, lengkap dengan warna dan bentuk menghiburkan. Ini menyebabkan produk tersebut tular di platform seperti TikTok, malah ada pengguna dewasa mengaku membelinya hanya kerana ia comel walaupun mereka bukan penghisap vape.

Kecomelan ini dikhuatiri menjadi pintu masuk kepada tabiat vaping dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang sememangnya sensitif dengan trend viral.

Ramai pengguna media sosial menyuarakan kebimbangan bahawa penjualan vape comel seperti ini sudah jauh menyimpang daripada alasan lama industri vape iaitu katanya sebagai alat membantu perokok tegar berhenti merokok.

Rekaan berbentuk mainan bukan sahaja boleh menggalakkan mereka yang tidak merokok untuk mencuba, malah seakan mempromosikan vape kepada golongan bawah umur.

Ibu Bapa Patut Ambil Tahu, Tanda-Tanda Anak Mungkin Hisap Vape

tiger pod

Foto: Tiktok

Jika anda curiga dengan perubahan pada anak, perkara paling penting ialah bertanya secara jujur dan terbuka. Namun, jika mereka tidak mengaku, beberapa tanda ini mungkin membantu:

1. Kerap batuk atau nafas bunyi macam siulan

Vaping boleh menyebabkan iritasi pada saluran pernafasan.

2. Menyimpan barang pelik yang tidak pernah dilihat sebelum ini

Contohnya botol kecil perisa, wayar, pod, atau bekas kecil berbau buah.

3. Bau badan atau pakaian berubah

Vape biasanya mempunyai bau manis seperti buah, gula-gula atau pudina yang lebih ketara berbanding bau rokok biasa.

*Jadi, amat penting untuk ibu bapa perhatikan dengan teliti barang harian anak-anak kerana mereka mungkin menyembunyikan benda sebegini di kawasan tersembunyi dalam rumah yang anda tinggal.

@buletintv3 ROKOK ELEKTRONIK | Penjualan ‘Tiger Pod’ Makin Berleluasa – KKM #KKM #Vape #rokokelektronik #TigerPod #Rokok #beritaditiktok #buletintv3 ♬ original sound – BuletinTV3

Baca juga: “Buku RM2 Tapi Nilainya Besar”– Ibu Sebak Guru KAFA Koyak Buku Dibeli Anak Guna Duit Simpanan

Sumber: Buletin TV3, Hello Doktor 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×