Euforia Bola 2026
Famili

Pagi Pertama Ke Sekolah Jadi Detik Terakhir, Pelajar Tingkatan 3 Maut Kemalangan Dirempuh Kereta

tingkatan 3

Terbaharu di Kuala Terengganu, hasrat seorang pelajar Tingkatan 3 untuk memulakan sesi persekolahan baharu berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan ngeri pada pagi hari pertama sekolah, hari ini (11 Januari).

Berita ini ternyata mengejutkan orang ramai dan turut meruntun hati kerana hari pertama sesi persekolahan sepatutnya menjadi momen yang indah…

Baca juga: [Edisi Pakaian] Ini Checklist Lengkap Barang Keperluan Pelajar Asrama, Siap Awal Elak Panik Hari Daftar!

PELAJAR TINGKATAN 3 MAUT HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2026

tingkatan 3

Foto: Harian Metro

Mangsa, Nor Azimi Nor Hashim, 15 tahun, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta beberapa anggota badan.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 6.40 pagi di Pengadang Baru, ketika remaja berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Belukar Sukai, Kepong selepas singgah mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran.

Difahamkan, Nor Azimi berniat untuk mengambil adik perempuannya yang berusia 14 tahun di rumah sebelum mereka berangkat ke sekolah bersama-sama menaiki motosikal.

Namun, setibanya di lokasi kejadian, motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa dipercayai gagal mengelak sebuah kereta Perodua Axia yang dikatakan keluar dari simpang secara tiba-tiba. Perlanggaran kuat itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya, manakala motosikal yang dinaikinya pula terbakar.

Tragedi berkenaan mengundang pilu orang ramai, lebih-lebih lagi kerana ia berlaku pada hari pertama sesi persekolahan yang sepatutnya menjadi permulaan baharu buat mangsa dan keluarganya.

tingkatan 3

Foto: Harian Metro

*Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan ini merupakan peringatan kepada ibu bapa pelajar supaya minta anak-anak yang pergi sendiri ke sekolah sentiasa berhati-hati.

Baca juga: “Setiap Kali Lalu Mereka Tunggu & Tabik”- Dua Beradik Ini Berjaya Buat Abang Polis Trafik ‘Cair’, Dapat Salam!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×