Nampaknya, harga emas di pasaran dilihat semakin meningkat dan hampir mencecah RM500 per gram! Walaupun ramai dalam kalangan kita yang mengambil kesempatan ini untuk menjual semua emas yang dimiliki untuk kegunaan wang, namun ada juga yang sedang ‘membelek’ design emas apa yang ingin dibeli.
Hakikatnya, tidak semua rekaan emas itu berbaloi untuk dibeli, lagi-lagi kalau kita fikir dari sudut ketahanan, nilai semasa, dan potensi jual balik.
Baca juga: Tanda-Tanda Anda Kena Mandi Bunga, Terus Jadi Cantik & Wangi…Barulah Jodoh ‘Nampak’!
DESIGN EMAS YANG TIDAK BERBALOI DAN BERBALOI UNTUK DIBELI

#TAK BERBALOI BELI:
1. Design Vitara Stamping
-Reka bentuk memang nampak moden tapi stamping selalunya kurang tahan lama sebab permukaan mudah calar dan pudar.
-Bila dipakai lama, cepat hilang kilat dan nampak murah.
-Kurang sesuai untuk pemakaian harian, lebih kepada “sekali dua”.
2. Design Van Cleef/ Clover
-Reka bentuk comel dan feminin tapi cepat “outdated”.
-Selalu dijual harga tinggi sebab ikut trend jenama Van Cleef, tapi material dan finishing tak setanding harga.
-Kalau bukan original, orang cepat cam yang itu tiruan.
3. Pintal kosong/ timba kosong
-Nampak besar tapi sebenarnya ringan – banyak guna kosong di dalam, jadi tak padat dan kurang bernilai.
-Tak tahan lasak dan cepat kemik bila terbentur.
-Reka bentuk kurang elegan, nampak “kosong” dari segi nilai.
4. Coco lipan kait tiga
-Terlalu sarat dan kurang versatile.
-Bila pakai, rasa berat sebelah atau tak seimbang pada rantai.
-Tak semua orang sesuai dengan design ni – terlalu niche.
5. Design Snake
-Rantai bentuk ular ni cepat tersimpul dan sukar dibersihkan.
-Kalau kecil, nampak tak kemas; kalau besar, nampak terlalu garang atau over.
-Susah nak mix & match dengan outfit harian.
#BERBALOI BELI:
1. Pulut Dakap
-Design klasik dan evergreen – sesuai untuk semua peringkat umur.
-Padat, berat dan nilai tinggi dari segi emas dan estetik.
-Boleh dipakai harian atau majlis, tak jemu dipandang.
2. Sauh
-Tahan lasak, padat dan kukuh – sesuai untuk lelaki dan wanita.
-Simbolik kekuatan dan teguh – ramai suka pakai sebab nampak “gagah”.
-Design tak lapuk dek zaman.
3. Figaro
-Campuran bentuk panjang dan pendek – unik tapi simple.
-Senang mix dengan loket atau pakai sendiri.
-Sesuai untuk lelaki dan wanita, nampak eksklusif tapi tak over.
4. Gajah
-Berat, padat dan ada maksud simbolik: kekayaan, kekuatan, kebijaksanaan.
-Kalau simpan lama, masih laku tinggi bila nak jual semula.
-Reka bentuk berkarisma dan jarang orang tak suka.
*Jadi, anda berkenan yang mana satu?
Baca juga: Wanita Kongsi 8 Amalan POWER Ibu Yang Anak Wajib Buat, Tak Sangka Petua No. 5 Rahsia Kekal Cantik!
Sumber: Tiktok @lemon8malaysia
