Buat anda yang masih lagi belum tahu, aplikasi Bank Islam (BIMB) kini telah menambah ciri khusus iaitu berfungsi untuk tukar duit raya secara atas talian.
Penukaran ini bertujuan untuk memudahkan pengguna Bank Islam dalam menjalankan urusan perbankan dengan lebih pantas dan efisien serta meningkatkan pengalaman secara keseluruhan.
Baca juga: Dividen Tabung Haji 2024 Dijangka Stabil & Memuaskan, Setara Dengan Tahun Lalu
CARA TUKAR DUIT RAYA GUNA APLIKASI BANK ISLAM (BIMB)
1. Log masuk ke akaun anda menggunakan aplikasi BIMB seperti biasa. Kemudian, klik di bahagian ‘Jom Tukar Duit Raya’ seperti yang tertera di bawah.

2. Setelah itu, pilih negeri dan cawangan yang anda ingin ambil duit raya berkenaan.

3. Masukkan nilai yang anda ingin tukar.

4. Sebelum Klik ‘Submit’, pastikan semua maklumat anda betul.

Pengesahan permohonan dijangka mengambil masa beberapa hari dan akan dihantar melalui emel. Perkhidmatan ini boleh dilakukan bermula hari ini sehingga 14 Mac 2025.
Semoga perkongsian artikel ini memberi manfaat!
Baca juga: Gelagat Anak Ernie Zakri Buat Kek Cawan Coklat Tarik Perhatian Warganet, “Geramnya Tengok Lala”
Sumber: TikTok Dianz
