Setiap tahun, saat menjelang bulan Ramadan, umat Islam di seluruh dunia menantikan kehadiran bulan suci ini dengan penuh kegembiraan dan harapan. Seperti biasa, satu pengumuman tarikh puasa 2025 yang dinantikan oleh semua umat Islam di Malaysia akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad.
Hal ini kerana, petang Jumaat tadi bersamaan tanggal 28 Februari (29 Syaaban 1446H), ditetapkan sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan.
Baca juga: Panduan Solat Tarawih Ringkas Di Rumah Untuk Wanita & Ibu Yang Ada Anak Kecil
TARIKH PUASA 2025 JATUH PADA…
Proses melihat anak bulan ini adalah untuk perisytiharan tarikh permulaan ibadah puasa umat Islam di negara ini. Maka dengan pengumuman rasmi mengenai tarikh mula puasa Ramadan 2025 oleh Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahma tadi, marilah kita semua bersiap sedia untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini dengan hati yang terbuka dan semangat yang tinggi.
Berdasarkan pengumuman rasmi yang telah dibuat, tarikh permulaan puasa bagi bulan Ramadhan 2025 adalah pada 2 Mac 2025.
Ini adalah satu berita gembira yang pasti akan disambut dengan rasa syukur dan kegembiraan oleh umat Islam di seluruh Malaysia. Dengan pengisytiharan ini, umat Islam sudah boleh merancang dan membuat persiapan untuk menyambut bulan yang penuh berkat ini.
*Selamat berpuasa dari Sirap Limau dan jangan lupa pergi solat tarawih!
Baca juga: Senarai Masjid Yang Dekat Dengan MRT Laluan Kajang & Putrajaya, Jalan 10 Minit Je Sampai!
Sumber: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
