Demi masa depan anak, seorang bapa separa buta bersama isteri sanggup datang dari jauh menggunakan perkhidmatan e-hailing semata-mata mahu bertemu Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bagi memohon bantuan pelajaran.
Baca juga: Ibu Kongsi Tips Dapat Pilihan Pertama Mohon MRSM & SBP Tingkatan 1, Susun Strategi Dari Darjah 5
DEMI MASA DEPAN ANAK, PENGORBANAN DILAKUKAN IBU BAPA

Gambar TikTok @drasyrafwajdi: Pertemuan di antara Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Pak Cik Muhsin.
Anak sulung perempuan cemerlang dapat MRSM aliran IGCSE
“Pak Cik Muhsin ni separa buta, baru kemalangan dan tak dapat nak bekerja, juga orang kawasan saya. Dia datang mengadu tak mampu nak bayar yuran IGCSE dan perbelanjaan lain untuk anaknya di MRSM, mengadu ADUN Lenggeng, Datuk Mohd. Asna kepada saya.
“Tengah hari tadi sampai di Ulu Sepri Rembau saya didatangi Datuk Asna yang membawa Pak Cik Muhsin dan isterinya datang jauh dari Ampangan dengan Grab semata-mata untuk mohon pertolongan saya.
“Anak perempuannya cemerlang dan sudah pun mendaftarkan diri di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan Pahang dalam aliran IGCSE,” kongsinya pada hantaran video di TikTok @drasyrafwajdi .
Baca juga: Ibu Kongsi Panduan ‘Join’ Sukan Elit Yang Tiada Di Sekolah, Markah PAJSK Anak Tambah Cemerlang!
Bapa separa buta bersama isteri naik grab dari Ampangan ke Rembau
Beliau begitu tersentuh hati dengan kecekalan kedua-dua pasangan miskin itu yang sanggup mengambil Grab jauh ke Rembau dari Ampangan semata-mata untuk bertemu dengannya.
“Lebih terharu semangat kedua ibu bapa ini untuk melihat anaknya yang cemerlang dapat meneruskan pengajian di MRSM walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
“Sudahlah separa buta kerana masalah kencing manis kronik, baru lepas kemalangan dan tidak dapat bekerja, namun tetap bersungguh-sungguh mahu melihat anak perempuannya berjaya dalam pelajaran,” jelasnya di ruangan kapsyen.
Baca juga: Minat Hantar Anak Masuk Asrama? Warden Dedah SEBAB Ibu Bapa Perlu Fikir BANYAK Kali!

Gambar TikTok @drasyrafwajdi: Kecemerlangan anak perempuan sulung pasangan suami isteri tersebut.
Skim BUDI tanggung semua
Asyraf Wajdi berkata, beliau akan memasukkan anak pasangan tersebut dalam skim Bantuan Untuk Pendidikan Mara (BUDI) bagi pelajar-pelajar miskin yang berada di MRSM.
Di bawah skim BUDI ini, pelajar-pelajar MRSM terpilih akan menerima:
- Pengecualian bayaran wang caruman dan yuran
- Bantuan wang saku RM50 sebulan
- Bantuan RM1,100 sekali pada setiap tahun
“Insya-Allah MARA tetap prihatin dan akan memberikan keutamaan membantu pelajar-pelajar dalam kalangan keluarga miskin agar tiada yang tercicir daripada arus pendidikan perdana.
“Saya selalu tegaskan hanya dengan ilmu sahaja mampu merubah kehidupan keluarga dan masyarakat,” katanya.
@drasyrafwajdi PELAJAR MRSM MISKIN DIBANTU “Pakcik Muhsin ni separa buta, baru kemalangan dan tak dapat nak bekerja, juga orang kawasan saya. Dia datang mengadu tak mampu nak bayar yuran IGCSE dan perbelanjaan lain untuk anaknya di MRSM” mengadu YB Datuk Mohd Asna Adun Lenggeng kepada saya. Tengahari tadi sesampai di Ulu Sepri Rembau Negeri Sembilan untuk program Kursus Pengurusan UMNO Bahagian Seremban, saya didatangi YB Datuk Asna yang membawa pasangan Pakcik Muhsin Abbas dan isterinya yang datang jauh dari Ampangan dengan GRAB semata-matq untuk mohon pertolongan saya perihal anak perempuannya yang cemerlang dan sudahpun mendaftarkan diri di MRSM Tun Abdul Razak Pekan Pahang dalam aliran IGCSE. Tersentuh hati saya dengan kecekalan keduanya yang miskin dan sanggup ambil GRAB jauh ke Rembau dari Ampangan semata-mata untuk jumpa saya. Lebih terharu semangat kedua ibubapa ini untuk melihat anaknya yang cemerlang dapat meneruskan pengajian di MRSM walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Sudahlah separa buta kerana masalah kencing manis kronik, baru lepas kemalangan dan tidak dapat bekerja, namun tetap bersungguh-sungguh mahu melihat anak perempuannya berjaya dalam pelajaran. InsyaAllah saya akan masukkan anak beliau dalam skim BUDI (Bantuan Untuk Pendidikan MARA) bagi pelajar-pelajar miskin yang berada di MRSM. Di bawah skim BUDI ini, pelajar-pelajar MRSM terpilih akan menerima: 1. Pengecualian bayaran wang caruman dan yuran 2. Bantuan wang saku RM50 sebulan 3. Bantuan RM1100 sekali pada setiap tahun InsyaAllah, MARA tetap prihatin dan akan memberikan keutamaan membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga miskin agar tiada yang tercicir daripada arus pendidikan perdana. Saya selalu tegaskan hanya dengan ilmu sahaja mampu merubah kehidupan keluarga dan masyarakat. Terima kasih juga kepada YB Datuk Asna kerana cakna dan melorongkan rakyat susah di kawasannya untuk dibantu saya dan MARA. #MerakyatkanMARA #HidupKuMilikUmmah #HidupBiarBerjasa #UMNOTradisiMembelaRakyat #FYP
♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Baca juga: Merotan, Guru Besar Atau Guru Terpilih Je Diberi Kuasa & Tak Boleh Buat Pada Murid Perempuan!
Sumber: TikTok @drasyrafwajdi
FT Image: TikTok @drasyrafwajdi
