Euforia Bola 2026
Famili

“Rosak!”- Wanita Didakwa Jual Gam Kepada Budak, Rakaman Hidu Gam Cetus Kemarahan Orang Ramai

hidu gam

Gejala hidu gam dalam kalangan kanak-kanak kembali menjadi perhatian selepas tular satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita dipercayai menjual gam secara terbuka kepada beberapa kanak-kanak.

Lebih membimbangkan, rakaman berkenaan turut memperlihatkan seorang bayi berada bersama kumpulan tersebut, sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap pendedahan kanak-kanak kepada gejala hidu gam pada usia yang sangat muda.

Baca juga: 5 Jenis Susu Termahal Di Dunia Yang Ramai Tak Tahu, Harganya Boleh Buat Ramai Ternganga!

KANAK KANAK HIDU GAM, SEORANG WANITA DIPERCAYAI MENJUAL GAM

hidu gam

Foto: Threads @introvertmilo

Menurut dakwaan yang tular di media sosial, wanita bersama beberapa kanak-kanak dalam rakaman itu dipercayai merupakan warga asing tanpa kerakyatan yang sering dilihat di sekitar Sabah.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung lokasi sebenar kejadian mahupun identiti individu yang terlibat.

Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian ramai selepas seorang pengguna di Threads mempersoalkan bagaimana aktiviti itu boleh berlaku secara terbuka.

Curious juga, gam kat DIY tak sama ke? Macam jual jamu depa jual gam kat budak-budak tanpa berselindung. Lagi satu, kat sana pihak berkuasa buat apa je?” tulis pengguna tersebut.

“Baby Pun Ada”, Netizen Luah Rasa Sedih

hidu gam

Foto: Threads @introvertmilo

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan marah melihat keadaan kanak-kanak yang didakwa terdedah kepada aktiviti menghidu gam sejak kecil.

Malah, ada yang mendakwa seorang ibu sedang menyusukan bayinya ketika berada dalam kumpulan tersebut.

Sorang perempuan bagi gam, anak-anak kecil berebut gam and ada seorang ibu sedang menyusukan baby sambil duduk keliling circle gam tu. It’s really saddening to see these generation especially young kids. They deserve to have a better life.

Seorang lagi pengguna turut menyuarakan rasa kecewa kerana mangsa sebenar dalam situasi itu ialah kanak-kanak yang masih belum memahami risiko perbuatan tersebut.

Pendatang atau tidak… tapi tu budak yang dirosakkan. Allah! Apa la dalam kepala otak diorang bagi budak-budak hisap gam. Sumpah sedih gila bila tengok anak-anak kecil dah jadi macam ni.

Tidak kurang juga yang menggesa agar individu yang didakwa menjual gam kepada kanak-kanak dikenakan tindakan undang-undang.

“Jahatnya perempuan yang menjual tu! Demi duit, sanggup rosakkan masa depan budak-budak.

Selain itu, ramai turut meninggalkan komen seperti “Baby pun ada” dan merayu agar pihak berkuasa segera campur tangan bagi membendung gejala tersebut daripada terus menjejaskan masa depan kanak-kanak.

Orang Ramai Harap Isu Diberi Perhatian

Perkongsian itu sekali lagi membuka perbincangan mengenai isu penyalahgunaan bahan menghidu gam dalam kalangan kanak-kanak serta golongan rentan.

Orang ramai berharap siasatan segera dapat dijalankan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan yang tular, di samping memastikan kebajikan kanak-kanak yang terlibat diberi perhatian sewajarnya serta tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.

Baca juga: Remaja 16 Tahun Tampil Buat Laporan Polis..Dakwa Jadi Mangsa Buli, Diperas Wang & Diugut R*gol Oleh Rakan Sekolah!

Sumber: Threads @introvertmilo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×