Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Ayah Suka Viralkan Cikgu Di Media Sosial, Ini Cara Cikgu Boleh Buat Untuk ‘Backup’ Diri

masalah komunikasi di sekolah

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai  kisah masalah komunikasi di sekolah yang membabitkan seorang ibu dan guru bertugas. Difahamkan, guru berkenaan berkelakuan biadab sehingga si ibu terpaksa mendedahkan identiti mereka.

Tindakan ini sudah pastinya boleh menjejaskan reputasi guru, sekolah dan juga emosi pelajar itu sendiri. Oleh itu, penting bagi guru menangani isu masalah komunikasi di sekolah ini dengan profesional dan mengikut lunas undang-undang.

Baca juga: Ibu Dakwa Cikgu-Cikgu Di Sekolah Bagi Jawapan Biadab Ketika Anak Hilang? “Semua Benda Harapkan Cikgu”

MASALAH KOMUNIKASI DI SEKOLAH BERLAKU? INI YANG GURU BOLEH BUAT

MASALAH KOMUNIKASI DI SEKOLAH

Freepik

1. Memahami hak dan tanggungjawab mengikut undang-undang

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)  memperuntukkan peranan guru dalam mendidik dan melindungi kebajikan murid. Guru bertanggungjawab untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti serta mematuhi disiplin yang ditetapkan oleh sekolah. Sekiranya terdapat aduan terhadap guru, ibu bapa seharusnya mengikut prosedur yang betul dan bukan mendedahkan isu tersebut secara terbuka di media sosial.

Seterusnya, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) melindungi individu daripada penyebaran fitnah atau maklumat tidak benar di media sosial. Jika seorang guru merasa dirinya difitnah atau dikecam secara tidak adil di platform media sosial, beliau boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Kanun Keseksaan (Seksyen 499-500) adalah berkaitan dengan fitnah, di mana sesiapa yang menyebarkan tuduhan palsu yang boleh merosakkan reputasi seseorang boleh dikenakan tindakan undang-undang. Guru yang menjadi mangsa fitnah boleh mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara tersebut menjejaskan imej profesionalnya.

2. Masalah komunikasi di sekolah – selesaikan secara profesional

Apabila seorang guru mendapati dirinya dikritik atau dituduh secara terbuka di media sosial, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah bertenang dan tidak membalas dengan emosi. Membalas secara terbuka di media sosial boleh memburukkan keadaan dan menjejaskan imej profesional guru.

Selanjutnya, Langkah terbaik adalah menghubungi ibu bapa secara peribadi, sama ada melalui telefon atau mesyuarat rasmi, bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai isu yang dibangkitkan. Dengan komunikasi yang baik, kebanyakan salah faham dapat diselesaikan tanpa perlu melibatkan media sosial.

Anda juga dinasihatkan untuk rujuk pihak pengurusan sekolah jika isu tersebut melibatkan dakwaan serius, guru perlu segera melaporkannya kepada guru besar atau pengetua sekolah. Pihak sekolah boleh mengadakan sesi pertemuan dengan ibu bapa bagi membincangkan perkara tersebut secara profesional dan mencari penyelesaian yang sesuai.

Setiap sekolah mempunyai prosedur aduan rasmi yang membolehkan ibu bapa menyuarakan kebimbangan mereka secara betul, tanpa perlu menggunakan media sosial.

Guru boleh menasihati ibu bapa agar membuat aduan secara bertulis kepada pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara.

3. Masalah komunikasi di sekolah – tindakan jika guru difitnah di media sosial 

Jika seorang guru menjadi mangsa fitnah di media sosial, langkah pertama adalah mengumpulkan bukti, seperti mengambil tangkapan skrin (screenshot) komen, status, atau hantaran yang berunsur fitnah atau kecaman. Ini penting jika guru ingin membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sekiranya kenyataan yang dibuat oleh ibu bapa berbentuk fitnah atau serangan peribadi, guru boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau pihak polis. Ini bagi memastikan tindakan sewajarnya boleh diambil ke atas pihak yang menyebarkan maklumat palsu atau berniat jahat.

Jika guru merasa reputasi dan kerjayanya terjejas akibat fitnah di media sosial, mereka boleh mendapatkan nasihat guaman atau menghubungi kesatuan guru seperti NUTP (National Union of the Teaching Profession) untuk mendapatkan panduan tentang tindakan undang-undang yang boleh diambil.

4. Pendekatan pendidikan kepada ibu bapa

Sekolah boleh mengadakan sesi penerangan kepada ibu bapa mengenai kepentingan etika media sosial dan kesan negatif penyebaran isu sekolah secara terbuka. Dengan mendidik ibu bapa, mereka akan lebih memahami bahawa media sosial bukan platform yang sesuai untuk menyelesaikan masalah berkaitan pendidikan anak-anak.

Guru dan pihak sekolah boleh memperkenalkan sistem aduan rasmi, seperti kotak cadangan, e-mel rasmi, atau mesyuarat khas bersama ibu bapa, agar mereka mempunyai saluran yang betul untuk menyuarakan kebimbangan mereka.

Sekolah juga boleh mengadakan perjumpaan berkala dengan ibu bapa, seperti hari terbuka atau mesyuarat PIBG, bagi membina hubungan yang lebih baik antara guru dan ibu bapa. Apabila ibu bapa mempunyai kepercayaan terhadap guru, mereka lebih cenderung untuk berkomunikasi secara langsung daripada menggunakan media sosial.

Menghadapi masalah komunikasi di sekolah dengan ibu bapa yang membawa masalah ke media sosial boleh menjadi cabaran besar bagi guru, tetapi ia perlu ditangani secara profesional dan mengikut undang-undang.

Dengan pendekatan yang betul, kebanyakan masalah boleh diselesaikan tanpa perlu melibatkan media sosial, sekaligus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih harmoni untuk semua pihak.

Baca juga: Tular Video Pakcik Nyanyi & Sambut ‘Birthday’ Seorang Diri, Ramai Sebak Bila Tengok…

Sumber: Facebook Zulhafidz Yahaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×