Wanita Kelantan sering dikenali dengan kecantikan, sifat lemah-lembut, sopan santun, dan penyayang. Sifat ini selalunya menjadi tarikan kepada jejaka dari luar, termasuk dari negara seperti Pakistan, yang mungkin menghargai nilai-nilai tradisional dan keperibadian yang lebih konservatif.
Tidak hairanlah bahawa ada ‘fenomena’ wanita Kelantan menjadi rebutan jejaka dari Pakistan, manakala golongan lelaki pula memilih wanita dari Thailand untuk dijadikan pasangan hidup.
Baca juga: 5 Bulan Dalam Islam Yang Disarankan Baik Untuk Mendirikan Mahligai Cinta
WANITA KELANTAN PILIHAN JEJAKA PAKISTAN, ‘COMEI’ BELAKA!

Foto: ChatGPT
Laporan tentang wanita Kelantan menjadi rebutan jejaka Pakistan itu didedahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan. Ini adalah berdasarkan permohonan pas pasangan yang sentiasa meningkat setiap tahun melibatkan dua negara terbabit.
Menurut Pengarah JIM Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan, peningkatan tersebut berlaku setiap tahun, terutama perkahwinan melibatkan pasangan Malaysia-Thailand di antara lelaki tempatan dan wanita di negara jiran.
“Ia (permohonan) berlaku setiap hari dan meningkat setiap tahun. Tahun 2022 seramai 175 lelaki tempatan menikahi wanita Thailand, 2023 (341) dan tahun lepas 308 orang.
“Ada juga wanita dari negara ini mengahwini lelaki dari Thailand namun angkanya tidak tinggi hanya sekitar 31 orang pada tahun 2022, 2023 (57) dan 2024 (78),” katanya.
Manakala, perkahwinan melibatkan wanita Malaysia dan lelaki Pakistan pula merekodkan seramai 31 orang tahun 2022, 2023 (27) dan 2024 (34). Ada juga lelaki tempatan menikahi wanita Pakistan namun angkanya tidak ramai hanya sekitar 10 orang.
“Berdasarkan statistik itu, secara kasarnya kita dapat lihat jumlah warganegara tempatan berkahwin dengan warga asing di Kelantan dilihat semakin meningkat,” tambahnya.
Kata Mohamed Yusoff Khan, kemungkinan mereka yang mahu berkahwin dengan warga asing ini dikenalkan oleh kenalan, saudara-mara atau di tempat kerja selain di media sosial.

Foto hiasan.
*Memang ‘comei lotey’ anak-anak nanti. Macam kacukan ala-ala Neelofa!
Baca juga: 7 Anak Pelakon Bollywood Yang Dapat Jalan Pintas Ke Dunia Populariti, Digelar ‘Nepo Babies’
Sumber: Sinar Harian
