Kacak, berduit dan bertanggungjawab, inilah tiga faktor utama yang membuatkan ramai wanita selatan Thai sangat suka memilih lelaki Malaysia sebagai pasangan hidup.
Malah, ada juga yang rela menjadi isteri kedua demi masa depan yang lebih baik dan terjamin. Kalau macam itu, wanita Malaysia nak pilih lelaki dari negara mana pula?
Baca juga: Sekali Pandang Ingatkan Bujang, Top 8 ‘Hot Daddy’ Di Malaysia Yang Menjadi Pujaan Ramai
KACAK & KAYA JADI FAKTOR WANITA SELATAN THAI SUKA LELAKI MALAYSIA

Foto: NST (Imam Masjid Al-Furqan, Pattani, Mukhlis Mustafa Dollahn)
Menurut laporan New Straits Times, fenomena ini bukanlah perkara baharu di kawasan sempadan seperti Pattani, Narathiwat dan Yala. Imam Masjid Al-Furqan, Pattani, Mukhlis Mustafa Dollahn, mendedahkan ramai wanita di wilayah tersebut melihat lelaki Malaysia sebagai simbol kestabilan dan jaminan hidup yang lebih selesa.
“Ramai wanita Thailand memilih lelaki Malaysia kerana mereka stabil dari segi kewangan dan pandai menjaga keluarga.
Ada yang tidak kisah menjadi isteri kedua asalkan suaminya bertanggungjawab dan mampu memberi kehidupan yang baik,” jelasnya.
Mukhlis turut menjelaskan, sikap pemurah dan sifat penyayang lelaki Malaysia menjadi antara sebab wanita Thai terpikat. Ramai antara mereka terharu apabila dibantu untuk memulakan perniagaan kecil atau diberi sokongan kewangan bagi menampung keluarga.
“Tidak semestinya lelaki muda. Yang berusia juga diterima, asalkan mereka mempunyai kestabilan kewangan,” katanya sambil tersenyum.
Tambahnya lagi, kebanyakan perkahwinan rentas sempadan ini dikatakan berlangsung di Songkhla, di mana pihak berkuasa tempatan dan Majlis Agama Islam di sana turut memudahkan proses pendaftaran nikah antara pasangan dari dua negara.
Cinta Rentas Sempadan Atas Dasar Persefahaman

Foto: freepik
Mukhlis menambah, kebanyakan lelaki Malaysia akan masuk ke Thailand melalui lintasan seperti Bukit Kayu Hitam untuk bertemu bakal pasangan sebelum bernikah.
“Daripada apa yang kami perhatikan, hubungan ini terjalin atas dasar saling memahami. Wanita mencari kestabilan hidup, manakala lelaki pula mencari kasih sayang dan kesetiaan,” ujarnya.
Fenomena ini menunjukkan bagaimana cinta mampu melangkaui sempadan asalkan kedua-dua pihak saling menghargai dan memahami tujuan sebenar perkahwinan itu. Yang penting supaya wanita Malaysia tak mengamuk adalah, wanita dari Thai ini jangan ganggu suami orang ya!
Baca juga: ‘Prince Charming’ Di Alam Nyata, Ini Biodata Penuh Tengku Hassanal Yang Ramai Nak Tahu!
Sumber: New Straits Times
