Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Kantoi Suami Pasang Skandal Di Carousell Dengan Isteri Orang, “Ingatkan Dia ‘Shopping’ Rupanya…”

kisah curang

Betul lah orang kata, kalau nak curang dekat mana-mana pun boleh. Jika sebelum ini tular kisah curang di Shopee, kali ini pula ia berlaku di aplikasi membeli-belah dalam talian, Carousell.

Bagaimanakah perbuatan mereka boleh terkantoi? Ikuti kisah lanjut di bawah.

Baca juga: Walaupun Hanya Tolong Buat Kerja Rumah Sikit Tapi Isteri Tetap Bahagia, Suami Kena Alert!

KISAH CURANG SUAMI & ISTERI ORANG DI CAROUSELL

kisah curang

Gambar: Forbes

Menurut pencerita, kedua-duanya merupakan suami dan isteri orang yang bekerja di satu tempat sama.

Kisahnya bermula apabila si isteri orang sering berkongsi masalah rumah tangga kepada si lelaki sehingga menimbulkan rasa bibit-bibit cinta dan berbalas mesej melalui aplikasi Carousell.

Tindakan suami orang yang sering membuka Carousell juga disedari oleh isterinya sendiri, namun tidak mengesyaki apa-apa. Rupa-rupanya, lelaki itu hanya berpura-pura membeli barang untuk menutup perbuatan curangnya itu.

Baca juga: Sebelum Bawa Pasangan Jumpa Keluarga, Tanya 6 Topik Penting Ini Untuk Tahu Sekufu Ke Tidak!

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Suatu hari, hal yang disorokkan telah terkantoi selepas si isteri terpandang chat Carousell di telefon suaminya pada pagi hari bekerja.

Menyedari akan hal itu, lelaki tersebut menuju ke dapur lalu mengugut mahu membunuh diri, akan tetapi isterinya tidak goyah sama sekali.

Seterusnya, si isteri pula ambil tindakan mahu berjumpa dengan skandal suaminya dan mengugut mahu melaporkan kecurangan yang dilakukan di pihak atasan, sekiranya mereka berdua tidak dipertemukan.

Nak tahu pengakhiran kisah kecurangan di Carousell antara suami dan isteri orang ini? Boleh baca selanjutnya di gambar bawah.

Baca juga: Kak Ipar Buat Tuduhan & Canang Sekampung Diri Mandul, Ini Cara Saman Bagi Diam Mulut!

kisah curang

Gambar: Thread @ganbateiosaka

kisah isteri curang

Gambar: Thread @ganbateiosaka

kisah isteri curang

Gambar: Thread @ganbateiosaka

Baca juga: 7 Sebab Ramai Pilih Kahwin Lari Di Thailand, No. 5 Paling Tak Sangka Sanggup Ambil Risiko!

Sumber: Thread @ganbateiosaka

FT Image: tirachardz

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×