Euforia Bola 2026
Sihat

Statistik ‘Dedah’ 10 Jenis Kanser Tertinggi Dalam Kalangan Rakyat Di Malaysia, Seram!

jenis kanser

Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kongsikan 10 jenis kanser tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia menurut Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) 2017-2021.

Jadi, bagi menggalakkan orang ramai untuk menjalani saringan dan rawatan awal, senarai kanser yang berlaku di sekeliling kita ini mungkin boleh membuka mata.

Baca juga: Perut Kembung & Kerap Sembelit, Kanak-Kanak Usia 19 Bulan Disahkan Derita Kanser Ovari Tahap 3!

10 JENIS KANSER PALING TINGGI DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

jenis kanser

Foto: Freepik

1.Kanser payudara
2.Kanser kolorektal (usus)
3.Kanser paru-paru
4.Limfoma
5.Kanser hati
6.Kanser prostat
7.Leukemia
8.Kanser nasofarinks
9.Kanser pangkal rahim (serviks)
10.Kanser ovari

Jelas menunjukkan bahawa kanser payudara, kolorektal dan paru-paru adalah tiga jenis kanser yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu, pengesanan awal kanser adalah penting dan dapat meningkatkan peluang untuk sembuh. Lakukan saringan kanser secara berkala dan amalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal secara teratur serta menghindari rokok dan alkohol.

jenis kanser

Foto: KKM

*Rawat sebelum terlambat!

Baca juga: Anak Hidap Kanser Tulang, Bapa Mohon Sumbangan Untuk Teruskan Kemoterapi

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×