Seorang lelaki berkongsikan sebuah video yang memperlihatkan ribuan ikan bilis telah mendarat di pesisir Pantai Sura, Dungun, Terengganu pada Sabtu lalu.
Pemilik video @rani1964hamid di akaun Tiktoknya menjelaskan, kejadian musim ikan bilis itu telah dirakam pada 7 pagi hari berkenaan.
Baca juga: Rahsia Bubur Pulut Hitam Cukup Lemak Masin & Manis, Bila Masak Kepala Santan Buat Cara Ini!
PESISIR PANTAI SURA, DUNGUN DIBANJIRI RIBUAN IKAN BILIS

Gambar: Ribuan ikan bilis dilihat di pesisir Pantai Sura, Dungun, Terengganu.
Selain itu, dapat dilihat juga beberapa orang pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mengutip ikan-ikan bilis yang terdampar di pesisir pantai tersebut.
Menurut laporan media tempatan, satu fenomena sama dipercayai turut melanda bahagian Selatan pantai di Jogjakarta, Indonesia baru-baru ini sehingga mendapat liputan meluas dalam media tempatan negara terbabit.
Baca juga: Terbongkar! ‘Hidden Gems’ Di Setiap 14 Negeri Yang Orang Ramai Belum Habis Teroka
Warga maya bimbang ia tanda sesuatu akan berlaku
Sementara itu di ruangan komen pula, terdapat reaksi bimbang yang diterima dalam kalangan warga maya.
Antara kebimbangan utama mereka adalah sekiranya berlaku bencana seperti kejadian banjir besar yang pernah berlaku di Malaysia sebelum ini.
“Kalau di Kelantan tahun 2004 kemudian 2014 banjir besar berlaku, ingat juga ini 2024. Saya fikir jangan seronok sangat, kita minta dengan Allah supaya dijauhkan segala bencana,”
“Musim tengkujuh dah nak datang.
“Semoga baik-baik sahaja, ini pun dah masuk bulan Oktober, Pantai Timur biasanya akan berlaku kajadian banjir. Semoga dipermudahkan,”
“Kata orang tua-tua akan jadi air besar atau banjir besar.
“Jabatan meteorology dah bagi tahu air pasang besar akan berlaku,” antara komen-komen yang ditulis warga maya.
@rani1964hamid #fyppppppppppplllllシツ♡♡♡💖💕 #bilis #pantaisuradungun #tv3 #tv3malaysia
Baca juga: Moh Ler Bercuti Di Pulau Pangkor, Ini 5 Tips Mudah Supaya Boleh Datang Tiap-Tiap Tahun!
Sumber: Titkok @rani1964hamid
FT Image: Rani Hamid
