Buah pisang merupakan antara buah yang sangat sinonim dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan Asia. Mudah untuk dimakan dan boleh dipelbagaikan dalam menu masakan, tidak dinafikan rasanya juga lemak berkrim.
Terbaharu, muncul kewujudan satu jenis pisang yang berwarna biru dan lebih menarik lagi adalah rasanya dikatakan seperti aiskrim vanila! Ada dijual ke?
Baca juga: Peniaga 20 Tahun ‘Share’ Cara Bancuh Tepung Goreng Pisang Paling Rangup & Tahan Lama
BUAH PISANG BIRU RASA AISKRIM VANILA, MANA NAK CARI?

Pisang warna biru ini digelar blue java banana atau pisang Blue Java dan juga dikenali sebagai ‘pisang ais krim’. Pisang ini dikatakan mempunyai tekstur dan rasa berkrim yang aneh lantas mengingatkan anda kepada kastard vanila atau sajian lembut.
Seperti namanya, pisang ini mula kebiruan atau biru-hijau sebelum matang. Apabila ia sudah matang, baru ia akan menjadi kuning pucat.
Pisang ini boleh ditemui di Hawaii, Asia Tenggara serta sebahagian Amerika Tengah. Ia adalah kacukan rare antara Musa acuminata dan musa balbisiana (pisang raja) yang memang sinonim dengan rakyat Malaysia.
Walaupun biasanya dijumpai di iklim tropika, pisang Blue Java ini boleh tahan sejuk serendah -7 ° C. Asalkan ia mendapat cahaya matahari yang mencukupi, pisang ini boleh ditanam secara asas di mana sahaja kerana sifatnya yang tahan sejuk.
Kerana teksturnya berkrim dan rasanya sama dengan kastard vanila, pisang ini sesuai dimakan bersama ais krim dan menambahkan lagi kenimatan itu. Malah, ramai orang membandingkan rasa pisang ini dengan rasa ais krim vanila atau puding vanila!
Pisang Blue Java disebut dengan beberapa nama lain, selain dari pisang Ais Krim (di Hawaii), dan disebut pisang Hawaii di Fiji, Krie di Filipina dan Cenizo di berbagai bahagian Amerika Tengah.

*Kalau dijual di Malaysia mesti harganya mahal bukan? Teringinnya nak rasa…
Baca juga: Teknik RAHSIA Buat Cekodok Pisang Rangup, Kurang Berminyak Dan Gebu!
Sumber: ILoveBorneo
