Baru-baru ini, Public Health Malaysia (PHM) telah mengeluarkan satu hantaran yang membidas kenyataan seorang wanita di dalam video tentang makanan yang tidak boleh dimakan bersama buah pisang.
Berdasarkan video tersebut, wanita yang berbaju putih dan bertudung corak bunga itu telah menyatakan terdapat 3 jenis makanan yang tidak boleh dimakan bersama buah pisang atas pelbagai sebab kesihatan.
Baca juga: “Makkk! Pedihnya Adik Terkena Air Panas” Cepat Buat 5 Cara Semula Jadi Ini Untuk Redakan Kesakitan!
BUAH PISANG CAMPUR BERSAMA MAKANAN LAIN
Makanan yang disebutkan wanita itu adalah susu, ubi keledek dan kobis. Namun, kenyataan itu telah dibidas oleh PHM dengan penjelasan sebenar tentang fungsi fisiologi tubuh seperti di bawah.
Baca juga: 7 Khasiat Tersembunyi Daun Bidara Yang Orang Tak Tahu, Paling Tak Sangka Hilangkan Parut!
Baca juga: Tenaga Batin Lelaki Lemah Angkara 5 Makanan Ini, Terkejut Yang No.1 Tu!
Yakin ya, sis buat content? Kedengaran menyakinkan tetapi ia bukan bagaimana fisiologi tubuh berfungsi.
1. Pisang + Susu
Pisang sebenarnya adalah makanan yang sering disyorkan untuk orang yang mengalami gastritis kerana ia mempunyai sifat yang boleh menenangkan perut dan membantu mengurangkan keradangan.
Jika seseorang yang intoleran terhadap laktosa mengambil susu bersama pisang, masalah pencernaan mungkin timbul. Tetapi ini lebih disebabkan oleh intoleransi laktosa, bukan kerana gabungan kedua-dua makanan itu sendiri.
2. Pisang + Ubi keledek
Makan pisang dan ubi keledek (sweet potato) bersama TIDAK menyebabkan hiperkalemia kecuali jika buah pinggang anda memang bermasalah.
Bagi kebanyakan orang yang sihat, kombinasi makanan ini selamat dan merupakan sumber kalium yang baik untuk kesihatan jantung dan otot.
3. Pisang + Kobis
Pisang merupakan sumber vitamin B6 yang baik. Sebiji pisang bersaiz sederhana menyediakan sekitar 20-30% daripada keperluan harian vitamin B6.
Vitamin B6 larut air, bermakna ia diserap dengan baik oleh tubuh. Dan biasanya pengambilan sayur-sayuran seperti kobis tidak akan memberi kesan yang ketara terhadap penyerapan vitamin ini.
VIDEO 3 MAKANAN TAK BOLEH CAMPUR DENGAN PISANG
Ingin tahu apa yang dikatakan penyampai info ini, boleh tonton video di bawah:
Baca juga: Ramai Kecewa Minyak Viral 1001 Guna Selalu ‘Sold Out’, Mari Buat Sendiri Guna 3 Bahan Je!
Sumber: Public Health Malaysia

