Euforia Bola 2026
Sihat

Waktu Terbaik Untuk Makan Buah Pisang, Kalau Salah ‘Timing’ Bacaan Gula Boleh Jadi Tinggi!

waktu terbaik makan pisang

Waktu terbaik makan pisang perlu diketahui kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan diri. Pengambilan pisang pada waktu yang tepat dapat membantu dalam pencernaan, meningkatkan tenaga, dan menstabilkan kadar gula dalam darah.

Oleh itu, penting untuk mengetahui waktu terbaik makan pisang supaya anda boleh menikmati buah yang kaya dengan nutrisi ini.

Baca juga: Minum Air Kosong Sahaja Waktu Sahur Punca Badan Lesu, Doktor Kongsi ‘Rahsia’ Untuk Tangani

BILA WAKTU TERBAIK MAKAN PISANG? JOM BELAJAR

WAKTU TERBAIK MAKAN PISANG

Hijau (muda)

– Banyak kanji resistan (baik untuk usus tapi boleh sebabkan kembung).

– Kurang manis, tak cepat naikkan gula dalam darah.

– Tekstur keras, rasa agak kelat.

– Sesuai untuk goreng atau dibuat kerepek.

Kuning (masak)

– Rasa manis sederhana, tekstur lembut.

– Mudah dihadam sebab kanji dah bertukar jadi gula semula jadi.

– Penuh serat, vitamin, dan antioksidan.

– Sesuai dimakan terus atau buat cekodok.

Berbintik coklat (sangat masak)

– Lebih manis sebab kandungan gula tinggi.

– Tekstur sangat lembut, mudah dilenyek.

– Banyak antioksidan, baik untuk imunisasi badan.

– Sesuai untuk buat kek pisang, pengat atau smoothie.

Coklat kehitaman (terlalu masak)

– Paling manis, sangat lembik.

– Sesuai untuk baking atau dibuat jem.

– Antioksidan tinggi tetapi zat lain dah mula berkurang.

– Sesuai untuk buat lempeng pisang atau tapai pisang.

Baca juga: 9 Jenis Buah Yang Paling Banyak Air, Boleh Makan Masa Sahur & Pasti Lambat Haus!

Sumber: Facebook Jom Explore

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×