Euforia Bola 2026
Dapur

Pisang Mas Malaysia Dinobat Pisang TERBAIK Dunia, Saiz Comel Tapi Rasanya Mega!

pisang mas

Siapa sangka, buah tropika kecil yang sangat mudah untuk rakyat Malaysia dapati dan makan setiap hari kini mendapat pengiktirafan di peringkat global? Di sebalik saiznya yang comel, pisang mas membawa nama Malaysia ke pentas dunia apabila dinobatkan sebagai pisang terbaik oleh laman panduan makanan antarabangsa, TasteAtlas.

Keistimewaannya terletak pada rasa manis semula jadi dan tekstur berkrim yang memikat, menjadikannya kegemaran ramai bukan sahaja di tanah air, malah turut mencuri perhatian dunia!

Baca juga: Peniaga 20 Tahun ‘Share’ Cara Bancuh Tepung Goreng Pisang Paling Rangup & Tahan Lama

Pisang Mas Nombor 1 Di Dunia, Pisang Lain ‘Kalah’!

pisang mas

Foto: Freepik

Terbaharu dalam senarai 10 jenis pisang terbaik yang dikeluarkan oleh TasteAtlas, pisang mas dari Malaysia berjaya meraih kedudukan teratas, mengatasi pesaing dari negara-negara seperti Sepanyol, England, Indonesia dan India.

TasteAtlas menggambarkan pisang mas sebagai buah bersaiz kecil dengan rasa yang manis dan tekstur yang amat berkrim. Malah, pisang mas mudah dikenali melalui bentuknya yang lebih ramping dan pendek jika dibandingkan dengan jenis Cavendish yang lebih lazim di pasaran.

Kebiasaannya, panjang pisang ini sekitar 10 hingga 15 sentimeter (4 hingga 6 inci), menjadikannya comel dan mudah untuk dimakan. Tidak hairanlah jenis pisang mas ini memang enak dijadikan juadah minum petang seperti pisang goreng rangup dan manisan yang lain.

Bukan itu sahaja, buah yang biasanya dimakan secara segar ini turut diminati ramai kerana rasanya yang manis dan aromanya yang hampir menyerupai bunga. Dengan kulit yang nipis dan isi yang ringan, pisang mas memberikan pengalaman makan yang berbeza daripada jenis pisang yang lebih besar dan padat.

pisang mas

*Makin laku keras pisang mas di pasaran lepas ini. Katanya, kalau mabuk laut pun boleh makan pisang mas untuk hilangkan dengan cepat!

Baca juga: Rupanya Wujud Buah Pisang Warna Biru Dipanggil ‘Blue Java’ & Rasanya Macam Aiskrim Vanila!

Sumber: Tasteatlas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×