Euforia Bola 2026
40 Minggu

Ibu Baru Bersalin Terkejut Disuruh Mandi Wiladah Jam 4 Pagi, Mufti Jelaskan Bila Waktu Mandi Wajib

mandi wiladah

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalamannya yang baru sahaja melahirkan anak secara pembedahan terkejut apabila diarahkan oleh jururawat untuk melaksanakan mandi wiladah. Di mana, mandi wiladah merupakan mandi bagi ibu yang baru sahaja lepas bersalin.

Ceritanya, petugas perubatan itu memintanya mandi pada pukul 4 pagi, yang menurutnya ketegasan jururawat itu adalah tidak wajar.

Baca juga: Hukum Jadikan Susu Ibu Sebagai Produk Jualan Terutama Dalam Makanan, Hati-Hati Ia Libatkan Nasab Bayi!

MANDI WILADAH WANITA LEPAS BERSALIN

mandi wiladah

Gambar hiasan: Pa&Ma

Perkongsiannya itu, menarik perhatian warga maya untuk memberikan pelbagai pandangan peribadi berhubung keperluan mandi wiladah dan nifas. Buat pengetahuan anda, kebiasaannya darah nifas akan keluar selama 40 hingga 60 hari iaitu bergantung kepada cara si ibu berpantang.

Sesetengah daripada mereka menyatakan, ibu yang melahirkan perlu mandi wiladah terlebih dahulu, manakala mandi nifas selepas berhentinya darah. Ada juga yang menyatakan perlu mandi wajib sekali sahaja setelah berhentinya darah nifas.

Baca juga: [VIDEO] Nak Bagi Anak-Anak Seronok Hafal Al-Quran, Ini 8 Saluran Menarik Buat Mata Mereka Melekat Je Tengok!

Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Berikutan itu, Mufti Wilayah Persekutuan di dalam laman portalnya berkongsi hukum mandi wajib yang dihuraikan daripada kitab Fiqh al-Manhaji (1/82).

“Al-Wiladah bererti bersalin. Kadang-kadang bersalin anak itu tidak diikuti dengan keluarnya darah (nifas), namun hukum bagi wanita pada keadaan itu sama dengan hukum janabah. Ini kerana anak yang lahir itu ialah hasil gabungan air mani wanita dan air mani lelaki.

“Hukumnya tetap sama walaupun berbeza (bentuk) kandungan yang dilahirkan atau cara melahirkannya. Apabila kelahiran anak diikuti dengan keluarnya darah seperti kebiasaan perempuan yang melahirkan anak, darah tersebut dinamakan nifas yang mempunyai beberapa hukum tertentu,” katanya.

Daripada keterangan di atas, terdapat beberapa perkara yang boleh difahami:

  • Kebiasaan bagi wanita bersalin akan keluar darah nifas yang mewajibkan wanita itu mandi wajib.
  • Jika wanita itu bersalin tanpa darah apa pun, pandangan dalam mazhab Syafie, wanita itu tetap dikira berhadas besar dan wajib mandi.
  • Hukumnya tetap sama jika kandungan yang dilahirkan itu berbentuk alaqah (gumpalan darah), atau mudghah (gumpalan daging) seperti dalam kes keguguran, tetap dikira wiladah dan wajib mandi.
  • Begitu juga kelahiran cesarean, iaitu kandungan keluar bukan daripada faraj wanita tetapi melalui pembedahan di kawasan abdomen, tetap mewajibkan mandi.

Baca juga: Risau Muncul Ketulan Di Payudara, Jangan Panik, Pegang Bahagian Bengkak & Baca Doa Ini

Wanita yang bersalin (wiladah) dan keluar darah berterusan selepas melahirkan (bernifas), perlukah mandi wajib dua kali?

Jawapannya ialah tidak perlu mandi wajib dua kali kerana dibolehkan mandi wajib sekali sahaja. Selain itu, waktu untuk mandi wajib akibat wiladah dan nifas disarankan berbuat demikian apabila berhenti keluarnya darah nifas dalam keadaan naqa’.

  1. Naqa’ ialah apabila dimasukkan kapas ke dalam faraj lalu dikeluarkan tidak ada kesan-kesan darah, kekeruhan atau kekuningan.
  2. Fatrah ialah jika darah sudah berhenti tetapi apabila dimasukkan kapas masih dilihat kesan darah, warna keruh atau kekuningan, maka itu menunjukkan masih dalam keadaan bernifas.

Baca juga: Terkena Alahan Isteri Hamil, Suami Ini Terpaksa Hadap Pokok Limau Setiap Hari “Kuatkan Diri Ya Bang!”

Sumber: MStarMufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Lionel Wotton/Alamy / bathrooms

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×