Euforia Bola 2026
Famili

Bagi Alasan ‘Urusan Keluarga’ Untuk Pontengkan Anak Sekolah Semakin Jadi Trend

anak ponteng sekolah

Sebelum cuti sekolah bermula, rata-rata ibu bapa mula memberikan kebenaran untuk anak ponteng sekolah dengan menggunakan alasan ‘urusan keluarga.’

Alasan urusan keluarga ini kadangkala digunakan untuk membawa anak bercuti dan melancong tanpa rasa bersalah. Lebih mengejutkan kerana ia dimuat naik secara terbuka di media sosial.

Baca juga: “Perit Sangat Nak Terima” – Anak 7 Bulan Meninggal Dunia Mengejut, Tak Sangka Kena Jangkitan Kuman

ANAK PONTENG SEKOLAH GUNA ALASAN URUSAN KELUARGA

ANAK PONTENG SEKOLAH

Menurut salah seorang pengguna Facebook, dia menjelaskan bahawa biasanya murid sudah mula tidak belajar sekiranya menghampiri cuti sekolah.

Hanya aktiviti biasa seperti mewarna yang membuatkan ibu ayah membuat keputusan untuk cuti lebih awal kerana beranggapan tidak penting untuk pembelajaran anak.

“Biasanya dekat cuti sekolah, murid-murid dah tak belajar. Cikgu pula banyak buat aktiviti sendiri. Kadang-kadang suruh bawa pensil warna. Jadi, ibu bapa rasa perkara-perkara tersebut tidak penting untuk pembelajaran anak,” jelasnya di ruangan komen.

Ibu bapa juga turut berkeras bahawa alasan urusan keluarga itu tidak menjadi satu isu sekiranya ia dilakukan dengan cara betul dan tidak mengganggu hal lain.

Selain itu, difahamkan juga anak ponteng sekolah disebabkan cuti sekolah yang ditetapkan pada hari Jumaat dan Sabtu menyebabkan kesukaran untuk ibu bapa.

“Selaraskan cuti. Baru ibu bapa lebih mudah dan tak ada alasan ‘urusan keluarga’,” komen pengguna Facebook.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata ibu bapa mengakui bahawa membenarkan anak ponteng sekolah dengan beberapa alasan lain.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tindakan ini tidak sewajarnya berlaku dan sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda perlu akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah.

Baca juga: Cara Saman Orang Ketiga Dalam Hubungan, Jangan Biarkan Rumah Tangga Retak!

Sumber: Facebook

Kredit imej: Luqman Hakim Zubir (KHIS THE NEW STRAITS TIMES PRESS (M) BHD)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×