Euforia Bola 2026
Didik

[Terkini] Pendidikan Sekolah Menengah Kini WAJIB, Mak Ayah Gagal Hantar Anak Boleh Didenda RM5,000!

pendidikan sekolah menengah

Terbaharu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan dalam satu kenyataan semalam bahawa mulai tahun ini, pendidikan sekolah menengah DIWAJIBKAN secara rasmi untuk semua anak-anak warganegara Malaysia.

Ini susulan kelulusan Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2025 oleh Dewan Rakyat pada Rabu lalu, tepat jam 8.23 malam, 30 Julai 2025.

Baca lagi: “Kurang Ajar!”- Tak Puas Hati Ditegur Ponteng PJ, Pelajar Tingkatan 2 Tumbuk Muka Cikgu!

PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH KINI WAJIB, BOLEH DIDENDA RM5,000 KALAU TAK BUAT

pendidikan sekolah menengah

Langkah ini adalah hasil pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996, yang memperkenalkan Seksyen 32A,  memperkasakan kuasa Menteri Pendidikan untuk mewajibkan kanak-kanak mengikuti pendidikan sehingga peringkat menengah. Ini bermakna, pendidikan menengah kini termasuk dalam takrifan “pendidikan wajib” dan tidak lagi bersifat pilihan.

Pindaan ini meletakkan tanggungjawab lebih besar di bahu ibu bapa. Malah, kegagalan mendaftarkan anak ke sekolah menengah tanpa sebab yang sah kini boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk denda sehingga RM5,000, penjara maksimum enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

“Langkah ini bukan bersifat menghukum, sebaliknya bertujuan memastikan tiada anak Malaysia tercicir daripada arus pendidikan formal, terutamanya mereka yang berada dalam kelompok rentan dan kurang berkemampuan,” kata Fadhlina.

Pendidikan adalah hak asas setiap anak. Dengan mewajibkan pendidikan menengah, kerajaan memperlihatkan komitmen teguh untuk memecah kitaran kemiskinan melalui pembangunan modal insan dan akses pendidikan berkualiti.

Menteri Pendidikan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen, baik dari Kerajaan MADANI mahupun pembangkang yang menyokong pindaan ini, serta memberi penghargaan kepada seluruh warga Pasukan Pendidikan Manusiawi KPM atas usaha tanpa jemu dalam merealisasikan dasar ini.

pendidikan sekolah menengah

Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Walaupun satu kemenangan telah dicapai, perjuangan masih belum selesai. Tumpuan kini perlu diberikan kepada pelaksanaan efektif dasar ini, termasuk memastikan kemudahan sekolah mencukupi, sistem sokongan pelajar diperkasa, dan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar dirapatkan.

Baca juga: 4 Subjek Ini WAJIB Kena Skor Sebagai Penentu Masa Depan, Pelajar SPM 2025 Kena Ambil Serius!

Sumber: Fadhlina Sidek

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×