Tugas sebagai seorang ibu untuk memastikan anak-anak sudah siap sedia ke sekolah seawal jam 6.30 pagi bukanlah tugas yang mudah. Anak-anak kena tahu cara bangun awal ke sekolah supaya tidak tergesa-gesa dan paling penting adalah mak-mak pun tak perlu meninggikan suara di pagi hari.
Seperti cara yang dikongsikan oleh ibu ini di laman Facebook, terdapat beberapa teknik dalam memastikan anak-anaknya ‘terpacak’ di dalam kereta seawal 6.45 pagi setiap hari. Mungkin anda pun boleh cuba bermula esok!
Baca juga: AWAS, Jangan Bagi Anak Tengok 9 Karakter Kartun Ini Dalam Youtube, Boleh Jejas Mental!
CARA BANGUN AWAL, PASTIKAN 6.45 PAGI ANAK SEMUA DAH SIAP TANPA MARAH-MARAH

1. Tidur awal
Tidur awal ini kunci, sebab anak dapat rehat yang cukup. Dari bayi, lepas Maghrib hanya ada rutin solat, mengaji, baca buku sahaja. Tiada lagi gajet atau TV. Di Coventry dulu rumah dua tingkat, bakul mainan semua di bawah. Dah siap dinner, berus gigi, sebelum Maghrib tu kita ucap goodbye pada mainan dan naik atas.
Salah satu sebab anak saya yang SPM tu tak ambik tuisyen malam ialah kerana dia memang tidur awal. Pukul 9-10 tu memang waktu bertenang, baca buku cerita, sembang sikit dan tidur. Jiran nak hantar makanan lepas pukul 9 pun tak tekan loceng sebab tahu dah gelap.
2. Bila tidur awal, bangun pun mudah
Hari sekolah atau tak sekolah, tetap kena bangun solat Subuh kan? Jadi, 6 pagi nak tak nak memang kena bangun. Tidak kira hari apa, sepanjang tahun.
3. Guna bahasa elok-elok
Bayangkan kalau kita sedang syok mimpi, dengar orang sergah. Sakit jantung kan. Tepat bunyi jam 6am, waktu ni ibu dah siap masak bekal dan sarapan atas meja, siap lap dan kemas dapur juga. Masuk bilik masing-masing, buka lampu;
“Assalamualaikum Sayang. Selamat pagi. solat Subuh, sekolah. Hari ni nak dapat result kan. Jom.”
Memang inilah ayatnya dari dulu. Bukan nak kata baik, tapi berusaha untuk baik. Sebab nak jaga emosi semua orang, bermula dengan emosi kita. Ibu bapa ni Ibarat tukang kebun kan, nak tanam padi, tabur benih padi, baja semai elok-elok. Supaya padi yang tumbuh subur. Bukan kita nak tanam padi, tapi benih lalang. Gitulah, lebih kurang.
4. Giliran dan disiplin masa
Sebab dan akibat. Bilik air satu, kongsi 3 orang; dua sekolah pagi. Jadi, pukul 6, siapa mandi dulu, siapa akan berus gigi dan solat, makan dulu. Kalau seorang lambat, akibatnya semua orang akan lambat sebab lari jadual.
6.30 Ibu kunci jam sekali lagi, semua orang alert masa ada 10 minit saja sebelum buka pintu pakai kasut, masuk lif. 6.30 ni Ayah dah siap di ruang tamu. Or worse, ayah akan turun dulu tunggu dalam kereta panaskan enjin. Ini waktu kritikal. Baik kita cepat sebelum ayah bersuara.
5. Jaga emosi sepanjang jalan sebelum pergi sekolah sangat penting
Teruskan perjalanan dengan doa zikir dan bercakap tentang harapan dan motivasi. Membina minda yang optimis dan sikap positif di permulaan hari. Simpan dulu segala rasa nak membebel atau marah. Tak kisah pada pasangan, atau trafik atau apa saja.
Lepas anak turun nanti ya.

Ada ke hari terkeluar dari landasan? Mestilah ada. Tapi kita usahakan cepat kembali ke jalan yang asas ni. Insya Allah. Semoga baik-baik semua. La hawla wala quwwata illa billah, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah.
Baca juga: Perut Kembung & Kerap Sembelit, Kanak-Kanak Usia 19 Bulan Disahkan Derita Kanser Ovari Tahap 3!
Sumber: Wan Erni Suria
