Kejadian mengejutkan berlaku apabila seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan merupakan calon SPM dikatakan menyerang bapanya sendiri selepas ditegur kerana tidak menghadiri sekolah, pada Isnin.
Kes ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan orang ramai yang mengatakan anak-anak generasi sekarang semakin ganas dan panas baran!
Baca juga: ‘Senyuman Menyeramkan’ Dalam Masjid, Pesakit Skizofrenia Tunjuk POV Bagaimana Halusinasi Berlaku
CALON SPM TOREH TANGAN DAN BELAKANG BAPA LEPAS DITEGUR PONTENG SEKOLAH

Foto hiasan.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata pihak polis menerima laporan mengenai insiden itu pada jam 6.42 petang.
“Suspek yang merupakan pelajar Tingkatan Lima telah mencederakan bapanya berusia 47 tahun akibat salah faham antara mereka,” jelas beliau.
Mangsa dilaporkan mengalami luka di bahagian belakang badan dan lengan kiri akibat torehan menggunakan pisau oleh anaknya. Mangsa segera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mohamad Lazim menambah, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan serta Seksyen 506 Kanun yang sama bagi kesalahan ugutan jenayah.
“Permohonan reman terhadap suspek telah dibuat semalam di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan dibenarkan selama tiga hari, bermula 18 November (Selasa) hingga esok, 20 November,” kata beliau.
Kejadian ini mengejutkan penduduk setempat, sekali gus menimbulkan kebimbangan tentang isu disiplin remaja dan keselamatan dalam rumah tangga.

Foto: Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail
*Semoga dipermudahkan urusan dan remaja tersebut diberikan rawatan kesihatan psikologi yang sepatutnya. Kalau tidak, rugi masa hadapan…
Baca juga: Tragedi Bun*h Guru, Remaja Naik Angin DIPAKSA Belajar Jadi Punca Habiskan Nyawa Ibu & Abang
Sumber: Sinar Harian
