Euforia Bola 2026
Sihat

7 Tanda ‘Rare’ & AMARAN Anda Mungkin Mangsa Kanser Payudara Seterusnya, Tiba-Tiba Keluar Susu!

cara mengesan kanser payudara

Kanser payudara merupakan ‘pembunuh’ utama dalam kalangan wanita. Namun, pelbagai jenis rawatan telah diterokai bagi mengurangkan pesakit kanser ini termasuklah cara mengesan kanser payudara dalam tanda-tanda yang jarang diketahui ramai.

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Breast Cancer Awareness), berikut merupakan 7 tanda paling ‘rare’ untuk anda tahu bahawa sel kanser sedang menular dalam badan. Kesan awal dan dapatkan rawatan awal!

Baca juga: Pakai Bra Ada Dawai Boleh Sebabkan Kanser Payudara? Tunggu..Ini Jawapan Doktor

CARA MENGESAN KANSER PAYUDARA MELALUI TANDA ‘RARE’ INI

cara mengesan kanser payudara

1.Keluar susu dari payudara secara tiba-tiba

Tanda pertama yang anda perlu risaukan adalah secara tiba-tiba keluar susu dari payudara sedangkan anda tidak menyusu badan! Mungkin ada yang mengatakan ‘oh ini hanyalah hormon wanita‘ tetapi tidak sebenarnya. Tambah merisaukan adalah ada juga dalam kalangan pesakit yang darah tiba-tiba mengalir dari puting!

2.Saiz payudara besar sebelah

Cuba anda berdiri di hadapan cermin tanpa memakai sebarang pakaian dalam. Perhatikan saiz payudara sebelah kiri dan kanan adakah mempunyai saiz yang sama atau berbeza. Jika perbezaannya terlampau ketara seperti membengkak, sila dapatkan pemeriksaan dengan segera!

3.Benjolan merah pada payudara

Alamak! Benjolan merah yang ada pada payudara yang disangkakan bekas gigitan serangga sebenarnya merupakan tanda yang paling wanita tak perasan. Jangan letakkan sebarang minyak angin dan segera berjumpa pakar jika benjolan merah ini kekal dalam tempoh lama.

4.Puting payudara kerap mengeras

Puting mengeras ini dikira sebagai normal jika wanita sedang berada dalam ‘mood’ untuk bersama suami atau ketika kesejukkan. Namun, kalau ketika situasi normal pun puting masih mengeras tanpa sebarang sentuhan sensasi yang diterima, nampaknya inilah tanda kanser payudara yang ramai orang kurang cakna.

5.Ada sakit seperti cucuk yang mengejutkan secara kerap

Pernah tak anda mempunyai rasa seperti dicucuk jarum dalam beberapa saat di sekitar kawasan payudara? Mengejutkan bukan? Tanpa kita sedari ini merupakan tanda yang kurang diketahui orang ramai berkaitan kaser payudara. Kalau setiap hari anda mengalami rasa tersebut, tolong dapatkan rawatan pakar.

6.Ruam pada puting/ kulit kering

Selain benjolan merah, timbulnya ruam atau kulit menjadi kering seperti kulit ular di kawasan payudara pun merupakan tanda kanser. Kalau sekali dah letak losyen pelembap pun tidak berhasil, diminta untuk anda lakukan pemeriksaan payudara dengan cepat.

7.Puting payudara sering tenggelam

Buat anda yang sedang menyusu anak mungkin kerap mengalami puting tenggelam ini namun buat anda yang tidak menyusu, kenapa puting tenggelam? Inverted nipples ini dikatakan menjadi salah satu tanda kepada kanser payudara juga yang masih lagi ‘rare’. Namun, anda perlu berhati-hati!

cara mengesan kanser payudara

Baca juga: Lelaki Yang Renung, Tatap Payudara Wanita Dengan Lama Adalah LEBIH SIHAT- Kajian

Sumber: UCLA Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×