Setiap kali ke pasar malam, tauhu bergedel pasti menjadi pilihan nombor satu untuk dibeli. Namun, sesetengah peniaga tidak menggunakan resepi tauhu bergedil yang betul kerana cepat basi.
Bagi mengelakkan anda kecewa, apa kata buat sendiri sahaja di rumah menggunakan resepi tauhu bergedil perkongsian di bawah ini. Pasti tahan lebih lama dan inti pun sedap. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Roti Goreng Anti Serap Minyak, Kekal Rangup Sampai Petang!
RESEPI TAUHU BERGEDIL & TIPS SUPAYA TAK CEPAT BASI

Salah satu menu jualan saya sementara menganggur di rumah. Orang kata tauhu bergedil sedap atau tak letaknya pada sambal kicap.
Tapi kalau saya, inti bergedel itu sendiri kena sedap, cukup rasa dan tak masam atau cepat basi. Baru puas hati nak makan dengan sambal kicap.
Bahan-bahan inti:
- Kentang
- Isi ayam/daging
- Daun sup
- Bawang goreng
- Lobak merah
- Lada hitam
- Perasa
Cara penyediaan inti bergedel:
1. Potong kentang dan goreng sehingga kekuningan.
2. Lenyak kentang semasa panas dan ketepikan.
3. Kemudian, goreng isi ayam atau daging sehingga kering air dengan menggunakan sedikit minyak.
4. Campurkan daun sup, bawang goreng @ bawang besar (tumis), carrot, lada hitam dan perasakan.
5. Padatkan dan sumbat dalam tauhu atau jadikan popia bergedel.
Sedikit tips untuk dikongsi
– Goreng ubi kentang sampai warna kuning keperangan. Kalau goreng ubi lagi tahan lama dan sedap.
– Isi ayam / daging perlu digoreng sehingga masak.
– Guna tauhu yang fresh atau bakar dulu sebelum sumbat inti.
– Kalau nak simpan frozen, siap sumbat terus masuk peti ais.
– Kalau simpan chiller (peti biasa), siap sumbat, saya bakar dulu 80c dalam 5 minit.
– Inti cepat masam @ basi sebab lembap. Jadi kena pastikan tauhu kering baru boleh sumbat.
– Guna bahan yang segar.
– Nak dapat gorengan cantik bersarang, telur + perasa + tepung jagung/beras.
Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.
Baca juga: Resepi Kek Nanas Viral Guna 2 Bahan Sahaja, Tanpa Telur & Gula Tapi Menjadi!
Sumber: Facebook Fatini Asilah
