Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Simpan Bahan Mentah ‘3T’, Simpan Lama-Lama Pun Tak Masam & Buruk!

cara simpan tauge

Bahan mentah seperti tauge, tauhu dan tempe mempunyai daya tahan yang rendah yang menyebabkan mereka cepat rosak dan berasa masam jika tidak disimpan dengan baik. Maka, artikel kali ini penulis kongsikan cara simpan tauge, tauhu dan tempe yang juga dikenali sebagai ‘3T’ pada sesetengah orang.

Menerusi hantaran di TikTok @amirah_zaini , dia berkongsi cara untuk menyimpan bahan mudah rosak 3T itu agar dapat digunakan pada bila-bila masa. Jom pelajarinya!

Baca juga: Petua Simpan LEBIHAN Daun Ketumbar & Bawang, Biar Sebulan Pun Masih Segar Lagi!

CARA SIMPAN TAUGE,  TAUHU & TEMPE

cara simpan tauge

TAUGE

Tauge yang terdedah lama akan menjadi hitam dan lembik. Walaupun begitu, ramai suka menikmatinya kerana keenakannya dan mudah dimasak serta disediakan dalam tempoh yang singkat.

Berikut merupakan kaedah terbaik untuk menyimpan tauge supaya kekal lama.

cara simpan tauge

Cara simpanan:

  1. Buang kulit kacang berwarna hitam dan ekor tauge ketika membasuhnya.
  2. Masukkan ke dalam bekas berisi air bersih.
  3. Masukkan asam keping.
  4. Simpan di dalam peti sejuk.
  5. Air perlu ditukar selang dua atau tiga hari bagi mengekalkan kesegarannya.

Baca juga: 4 Cara Simpan Jagung Dengan Lama Macam Baru Beli, Kekal Segar & Tak Kering!

TAUHU

Tauhu akan rosak jika tidak disimpan dengan baik. Di mana, ia akan berbau busuk dan dihinggap kulat hitam selain berlendir.

Oleh itu, cubalah teknik penyimpanan ini supaya tauhu dapat disimpan lebih lama di dalam peti sejuk.

cara simpan tauhu

Cara simpanan:

  1. Basuh tauhu sehingga bersih dan tidak melekit.
  2. Kemudian masukkan ke dalam bekas kosong.
  3. Isi air sehingga menutupi tauhu dan tutup kemas.
  4. Simpan di dalam peti sejuk.
  5. Air rendaman perlu ditukar selang 2 atau 3 hari.

Baca juga: Resipi Kuah Lodeh Lontong Berlemak Istimewa, Dapat Yang Ini Tak Henti Menghirup!

TEMPE

Tempe merupakan makanan yang tidak asing dalam hidangan masyarakat Nusantara. Di mana, ia dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya dan boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan di dalam hidangan.

cara simpan tempe

Cara simpanan:

  1. Ambil satu bekas bersih dan kering.
  2. Taburkan garam di dalamnya.
  3. Masukkan tempe dan tabur sedikit garam di atasnya.
  4. Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Baca juga: Risau Tetamu ‘Open House’ Tak Cukup Makan, Wanita Ini Kongsi Sukatan Bahan Untuk 50 Pax!

Sumber: TikTok @amirah_zaini

FT Image: Tokopedia / Tokopedia / Tokopedia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×