Euforia Bola 2026
Didik

5 Sejarah ‘Jammed’ Paling Lama & Teruk Dunia, Sampai Beri Kaunseling Psikologi Pada Pemandu!

kesesakan jalan raya

Jika rakyat Malaysia merasakan kesesakan jalan raya di negara ini sudah terpaling lama dan teruk, rasanya semua masih boleh menarik nafas lega. Hal ini kerana, kesesakan jalan raya di Malaysia mungkin tidak setanding dengan sejarah jalan jammed paling teruk di dunia yang pernah berlaku di beberapa tempat di luar negara.

Manakan tidak, ada keadaan yang menyebabkan mereka terkandas di dalam kereta selama 12 hari selain tindakan kerajaan memberi kauseling psikologi kepada pemandu. Nak tahu kisahnya, jom baca hingga habis!

Baca juga: ‘Customer’ Tergamak Bagi Upah RM20 Lepas Diminta Baiki Peti Chiller, Netizen Luah Rasa Geram!

KESESAKAN JALAN RAYA PALING TERUK DI DUNIA

1. Timur/Barat Jerman, April 1990

kesesakan jalan raya

Berlin Wall yang dibina selama hampir 28 tahun, akhirnya diruntuhkan pada April 1990. Namun, kesilapan pihak berkuasa tidak merancang dengan betul telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di sebelah timur dan barat Berlin.

Difahamkan, proses meruntuhkan dinding tersebut dilakukan pada cuti Hari Easter yang menambahkan lagi punca kesesakan. Manakan tidak, perasaan rakyat di sana ketika itu sudah tidak sabar untuk melintas tempat tersebut yang selama ini terlarang.

2. Beijing-Tibet Expressway, Ogos 2010

kesesakan jalan raya

China merupakan salah sebuah pengeluar kenderaan terbesar di dunia. Maka tidak hairanlah, kesesakan jalan raya paling teruk dan paling lama pernah berlaku di negara itu. Kalau nak tahu, ini adalah kesesakan trafik yang paling diingati dalam sejarah.

Menurut sumber, kesesakan yang berlaku dikatakan berlarutan selama 12 hari dan sejauh lebih 100 kilometer melibatkan ribuan kenderaan telah berlaku di Beijing. Ada juga pemandu terus terperangkap dan tidak dapat bergerak lansung untuk tempoh lima ke enam hari berturut-turut.

Antara puncanya adalah kerja-kerja penyelenggaraan sedang berlaku di lebuhraya yang menghubungkan Beijing dan Tibet.

Baca juga: Akibat Pelajar Meniru Dalam ‘Exam’, Ini 8 Idea Ekstrem Elak Ia Berlaku Hingga Susah Nak Percaya!

3. Chicago, Illinois, Februari 2011

punca kesesakan jalan raya

Pada Februari 2011, para penduduk di Chicago yang dalam perjalanan ke utara Lake Shore Drive telah terdampar di tengah jalan selama hampir 12 jam! Memburukkan lagi keadaan, kereta-kereta mereka telah tenggelam di dalam salji sedalam 20 inci.

Mungkin ini adalah antara beberapa sebab mengapa masyarakat di Barat tidak suka akan musim sejuk.

Baca juga: Budak Lelaki Panik Berlari Mintak Tolong, Gara-Gara Ibu Saudaranya Tersangkut Dalam Lif!

4. Moscow, Rusia, November 2012

punca kesesakan jalan raya

Ribut salji yang melanda Rusia pada 2012, telah menyebabkan kesesakan lalu lintas selama tiga hari berturut-turut. Di mana, ia telah menenggelamkan beberapa lebuh raya utama yang telah menghalang trafik.

Insiden teruk ini telah membuatkan kerajaan mereka mengambil tindakan dengan menyediakan khemah untuk memberi peruntukan dan kauseling psikologi kepada para pemandu.

5. Jawa, Indonesia, Julai 2016

punca kesesakan jalan raya

Populasi rakyat Indonesia yang terkenal antara teramai di dunia adalah info yang tidak asing lagi. Jadi, tidak menghairankan apabila perjalanan yang sepatutnya 3 jam telah memakan masa hingga 12 jam, dianggap perkara biasa bagi rakyat di sana.

Namun, kesesakan jalan raya sepanjang 20km yang berlaku pada Julai 2016 lebih luar biasa berbanding hari-hari lain.

Sumber melaporkan, seramai 12 orang telah mati akibat dehidrasi selepas terperangkap di dalam kereta sewaktu cuasa panas mencecah 21 darjah celsius. Kesesakan ini berlanjutan dari hari Ahad hingga Selasa selepas orang ramai ingin pulang selepas menyambut Hari Raya di kampung.

Baca juga: Digelar Lelaki Melayu Terkaya Malaysia, Kenali Sisi Jutawan ‘Low Profile’ Ini!

Sumber: Lobak Merah / Siakap Keli

FT Image: Lobak Merah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×