Euforia Bola 2026
Famili

Sempena Lawatan Presiden China, 17 Laluan Di Lembah Klang & Putrajaya Ditutup Mulai Esok!

presiden china

Beberapa laluan sekitar Lembah Klang dan Putrajaya akan ditutup sepenuhnya atau dilencongkan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada pergerakan rasmi sempena lawatan negara oleh Presiden China Xi Jinping ke Malaysia selama tiga hari bermula Selasa ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata 17 laluan dikenal pasti akan mengalami penutupan sementara antara 30 hingga 45 minit bergantung pergerakan delegasi.

Baca juga: Malang Memang Tak Berbau, Tapi Ada Teknik Paling Berkesan Elak Kemalangan Motor!

PRESIDEN CHINA MELAWAT MALAYSIA

presiden china

Gambar fail AFP: Presiden Xi Jinpin.

Seramai 378 pegawai dan anggota polis turut mengiringi rombongan, mengawal aliran trafik dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jalan raya sepanjang tempoh berkenaan.

15 April (PETANG)

Antara laluan terlibat pada 15 April bermula pukul 6 petang di:

  • Lebuh KLIA
  • Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite)
  • Lingkaran Putrajaya
  • Lebuh Raya Putrajaya-Dengkil
  • Persiaran Selatan
  • Lebuh Gemilang
  • Jalan P5

Baca juga: Dr Minta ‘Parents’ Jangan Buat Main Anak Ada Asma, Boleh Menyesal Kalau Dibiarkan!

16 APRIL (PAGI, TENGAH HARI & PETANG)

Pada pukul 9.30 pagi, 16 April, penutupan melibatkan:

  • Jalan P5
  • Lebuh Raya Gemilang
  • Persiaran Selatan
  • Lebuh Raya Putrajaya-Dengkil
  • Lingkaran Putrajaya
  • Lebuh Raya MEX
  • Lebuh Raya Shah Alam (Kesas)
  • Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai (SPE)
  • Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke)
  • Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
  • Terowong Smart
  • Lebuh Raya KL-Seremban
  • Jalan Istana
  • Jalan Damansara
  • Jalan Sultan Abdul Halim
  • Jalan Sultan Iskandar

“Sesi penutupan kedua pada hari yang sama bermula 12.30 tengah hari akan membabitkan laluan yang sama untuk perjalanan pulang delegasi ke lokasi seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari Ahad.

Penutupan turut melibatkan beberapa laluan lain bermula pukul 4.10 hingga 6.30 petang seperti:

  • Jalan P5
  • Lebuh Gemilang
  • Jalan Tunku Abdul Rahman
  • Lebuh Sentosa
  • Lebuh Perdana Barat
  • Persiaran Seri Perdana
  • Persiaran Seri Perdana
  • Lebuh Perdana Barat
  • Lebuh Sentosa
  • Jalan Tunku Abdul Rahman
  • Lebuh Gemilang
  • Jalan P5

Baca juga: Gaji RM1.7K Boleh Bersara Dengan Simpanan 1 Juta, Jika Lakukan Tips Dari KWSP Ini!

17 APRIL (PAGI)

Hari terakhir lawatan pada 17 April pula, penutupan laluan bermula seawal pukul 8.50 pagi di:

  • Jalan P5
  • Lebuh Gemilang
  • Persiaran Selatan
  • Lebuh Raya Putrajaya-Dengkil
  • Lingkaran Putrajaya
  • Elite
  • Lebuh KLIA

Sehubungan itu, JSPT menasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa, mengelakkan laluan terlibat dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Terima kasih kepada semua pengguna jalan raya yang cakna dengan arahan semasa petugas di lapangan yang bersama-sama membantu sepanjang tindakan ini dijalankan dan kerjasama mereka amat dihargai,” katanya.

Baca juga: Ini 7 Organ Badan Boleh Derma Setelah Meninggal, Beri ‘Kehidupan Baru’ Pada Orang Lain!

Sumber: Berita Harian

FT Image: Pejabat Perdana Menteri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×