Minggu ini sebanyak 17 laluan di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya telah ditutup sementara waktu sempena lawatan Presiden China ke Malaysia selama tiga hari, seperti dimaklumkan awal oleh kerajaan.
Dalam pada itu, begitu ramai rakyat yang meluahkan ketidakpuasan hati di media sosial kerana terganggu dengan kesesakan jalan yang teruk. Malah, ada yang mengkritik kerajaan dan pihak berkuasa kerana situasi ini telah menyusahkan rakyat.
Baca juga: Sempena Lawatan Presiden China, 17 Laluan Di Lembah Klang & Putrajaya Ditutup Mulai Esok!
LAWATAN PRESIDEN CHINA KE MALAYSIA
Faktor keselamatan
Mengulas isu ini, seorang bekas pegawai polis bernama Mohd Ezairol Rezan Zainol, menjelaskan di Facebook bahawa tindakan penutupan jalan yang dilakukan adalah disebabkan atas faktor keselamatan.
Katanya, langkah keselamatan ini bukan dibuat sembarangan, tetapi ia sebahagian daripada protokol keselamatan antarabangsa untuk pemimpin besar dunia.
“Dalam dunia ini ada beberapa buah negara yang pemimpinnya diklasifikasikan sebagai ‘high risk’ target.
“Mereka ini selalu menjadi sasaran pihak pengganas, pembunuh upahan dan juga sasaran dari pihak -pihaktertentu, biasanya perisik dari negara yang bermusuh dengan negaranya.
“Antara ‘Top List’ negara yang diletakkan dalam high risk ini adalah Amerika, China, Korea Utara dan Rusia.”
Jelasnya, ada beberapa kriteria yang menyebabkan pemimpin negara ini dikategorikan sebagai high risk. Di mana, ia bukan berdasarkan negara kaya atau negara miskin.
Jika pemimpin sesebuah negara itu seorang yang lantang bersuara, mereka juga boleh dimasukkan ke dalam senarai high risk yang menjadi sasaran.
Persediaan pihak keselamatan
Mengulas lanjut, kebiasaannya pihak keselamatan akan melakukan persiapan rapi selama beberapa bulan sebelum kedatangan pemimpin-pemimpin negara ini.
“Antara agensi yang paling sibuk masa ini adalah dari Unit Cawangan Khas (SB) dan juga Unit Perisikan Tentera pastinya.”
Justeru itu, pihak bertanggungjawab akan mengambil beberapa langkah berjaga-jaga seperti kawalan trafik, pengawasan dari udara dan pantauan daripada pegawai unit khas untuk menjaga dan memastikan keselamatan ketua negara high risk ini.

Gambar: Inti pati hantaran Mohd Ezairol Rezan Zainol.
Baca juga: Bilik Solat Rumah Mangsa Putra Heights Tak Terbakar, Waris Kongsi Amalan Tuan Rumah, Allahuakbar!
Kenapa perlu ketatkan kawalan keselamatan?

Gambar Mohd Ezairol Rezan Zainol: ‘Beast’ (kereta kalis peluru) versi dari China. Presiden belum sampai tapi ia dah sampai awal-awal lagi.
Selain itu, Mohd Ezairol juga menjelaskan sebab kerajaan begitu menitik beratkan soal keselamatan pemimpin negara kuasa besar.
“Sebab ianya adalah MARUAH kita sebagai sebuah negara yang BERDAULAT.
“Apabila seseorang pemimpin kuasa besar dunia yang dihormati datang ke sesebuah negara, adalah menjadi tanggungjawab negara tersebut untuk menjamin keselamatan delegasi pemimpin yang hadir ketika beliau datang melawat pemimpin negara berkenaan.”
Jelasnya lagi, amat memalukan jika terjadi atau berlakunya sesuatu yang tidak diingini ke atas pemimpin kuasa besar dunia.
Secara tidak langsung, negara akan dipandang negatif, dianggap tidak selamat untuk dilawati dan akan memberi impak yang negatif dari segi hubungan diplomatik, keselamatan dan juga ekonomi.
Mohd Ezairol berharap orang ramai tidak memperlekehkan pasukan keselamatan yang sedang bertugas kerana mereka menjalankan tugas demi negara.
Baca juga: Dulu Beli RM2,314 Sekarang Jual Jadi RM16 Ribu Untung, Wanita Tergamam Lepas Jual Balik Emas Lama!
Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol
FT Image: Instagram Dato’ Seri Anwar Ibrahim / Buletin TV3

