Sempena Aidilfitri lebih kurang seminggu lebih lagi, pastinya keterujaan untuk pulang ke kampung halaman sudah mula bermain di fikiran sambil merencanakan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga tercinta.
Disebabkan, ia merupakan cuti umum rakyat Malaysia, maka tidak hairan trafik di kebanyakan jalan raya akan mulai sesak. Antaranya adalah jumlah kenderaan yang akan memasuki negeri Kelantan.
Baca juga: Pengalaman Ibu Sambut Puasa & Raya Bersama 2 Anak Istimewa, 14 Tahun Merantau Di Norway!
SEMPENA AIDILFITRI, 2 JUTA KENDERAAN DIJANGKA MASUK KELANTAN
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan akan memasuki Kelantan sempena Aidilfitri tidak lama lagi.
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata kemasukan itu membabitkan di tiga laluan masuk ke Kelantan iaitu Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli.
Katanya, trafik dijangka sesak di semua laluan bermula 28 Mac memandangkan kebanyakannya sudah bercuti.
Baca juga: Raya Raya Juga, Jangan Sampai Anak Jadi Mangsa ‘Pedophile’. Tapis Kandungan Sebelum ‘Upload’!
Baca juga: Sempat Toleh Kiri Kanan, Budak Nakal Calarkan Kasut Kulit Sampai Mengeluh Pekerja Butik!
Jumaat 28 Mac dijangka laluan masuk ke Kelantan mulai sesak
“Untuk Aidilfitri kali ini, kita menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan perantau akan memasuki Kelantan tidak lama lagi.
“Trend kemasukan kenderaan yang banyak ini ke Kelantan adalah situasi biasa setiap kali menjelang Aidilfitri.
“Kita jangka bermula hari Jumaat pada 28 Mac, laluan akan mula sesak di semua laluan masuk ke Kelantan. Justeru, kita mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi.
Pada masa sama katanya, sempena untuk Ops Hari Raya Aidilfitri ini, seramai 187 pegawai dan anggota penguatkuasa akan ditempatkan di lokasi tertentu bagi memantau keadaan trafik.
Baca juga: Dipaksa Tekan Tubi 200 Kali, 62 Pelajar SBP Di Teluk Intan Dibuli Senior!
Sumber: Harian Metro
FT Image: BERNAMA

