Euforia Bola 2026
Dapur

Cantik Dipandang Tapi Tak Halal, Ini Cara Pilih Pinggan Mangkuk Ada Label ‘Bone China’

fine bone china

Pinggan yang mempunyai label Fine Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam.

Cantik dipandang dan sering digunakan semasa menghidang makanan terutama sekali apabila ada tetamu, ramai dalam kalangan kita masih kurang arif dalam mengenalpasti tahap ‘HALAL’ dalam bahan pembuatan pinggan mangkuk tersebut.

Baca juga: Ajar Anak Remaja Buat 9 Jenis Sandwich Ini, Boleh Jana ‘Side Income’ RM10k Sebulan!

HUKUM GUNA PINGGAN MANGKUK FINE BONE CHINA, CANTIK TAPI…

fine bone china

Foto: Times of India

Bone China diterjemahkan menurut Kamus Dewan sebagai tembikar cina. Komposisinya memiliki 50% debu tulang, 25% kaolin dan 25% batu Cornish. Tulang yang digunakan ialah tulang haiwan yang dipanaskan pada suhu yang tinggi. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa :

1.Berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

2.Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.

3.Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

Walau bagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.

TIPS PILIH PINGGAN MANGKUK HALAL DAN SELAMAT

fine bone china

Foto contoh: eBay

1.Ada perkataan FINE BONE.

2.Ada perkataan BONE CHINA.

3.Bone China lebih putih berbanding porselin dan lebih nipis.

4.Bone China mempunyai kadar lutcahaya lebih tinggi berbanding porselin.

5.Produk Bone China biasanya mempunyai label.

6.Pastikan ada pensijilan halal JAKIM atau MAIN untuk seramik menggunakan tulang halal.

7.Elakkan pinggan mangkuk seramik mempunyai hiasan sangat berkilat atau pelbagai warna bagi mengelak pencemaran plumbum.

*Bukan makanan sahaja perlu menitikberatkan status halal dalam makanan, malah pinggan mangkuk yang digunakan juga perlu dari sumber yang halal ya!

Baca juga: 7 Haiwan Eksotik Yang Halal Untuk Dimakan, Terkejut No.5 Boleh Makan Sebenarnya!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Tiktok @aqilla.aqil, Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×