Euforia Bola 2026
Percutian

Pelancong Muslim Boleh ‘Survive’! Ini 5 Cara Mudah Cari Makanan Halal Di Negara Bukan Islam

makanan halal luar negara

Bila melancong ke negara bukan Islam, satu perkara yang sering bermain di fikiran pelancong Muslim adalah “Dekat mana nak cari makanan halal luar negara ni?”

Bukan saja risau tentang bahan masakan, kadang-kadang terpaksa pula berpusing satu bandar demi sesuap nasi. Namun, dengan perkembangan teknologi dan komuniti global yang semakin terbuka, misi mencari makanan halal kini tidak lagi mustahil.

Baca juga: Senarai Ubat Penting Untuk Anak Bila Bercuti: Ibu Ayah Kena Ready Supaya Tak Panik & Jimat!

MISI CARI MAKANAN HALAL LUAR NEGARA MUDAH BILA TAHU 5 PERKARA INI

makanan halal luar negara

1. Guna Aplikasi Halal , Jadi ‘Travel Buddy’ Moden

Teknologi hari ini memudahkan urusan kita, termasuk bab makanan halal. Ada banyak aplikasi yang boleh anda muat turun sebelum terbang:

  • HalalTrip – Aplikasi pelancongan Muslim lengkap dengan direktori restoran halal, masjid dan tempat solat.
  • Zabihah – Komuniti global yang menyenaraikan restoran halal berdasarkan lokasi, dengan ulasan pengguna.
  • Muslim Pro – Selain waktu solat dan arah kiblat, ia juga menyenaraikan restoran halal berdekatan.
  • HappyCow – Walaupun lebih kepada makanan vegetarian dan vegan, ia berguna jika anda ingin cari makanan bebas daging yang lebih selamat.

2. Cari Komuniti Muslim Tempatan

Walaupun minoriti, kebanyakan negara tetap mempunyai komuniti Muslim  dan di situlah letaknya khazanah info berguna. Contohnya:

  • Di China, komuniti Muslim Hui dan Uighur mempunyai restoran halal mereka sendiri, biasanya bertanda “清真” (Qīngzhēn) yang bermaksud halal.
  • Di Jepun, kawasan seperti Tokyo Camii (masjid utama Tokyo) dikelilingi restoran halal.
  • Di Eropah, bandar seperti Paris, London, Berlin dan Amsterdam mempunyai kawasan dengan komuniti Muslim besar seperti di sekitar masjid, pasar halal, atau restoran Timur Tengah.

3. Kenal Logo & Istilah Halal dalam Bahasa Tempatan

Jangan hanya bergantung pada perkataan “HALAL” dalam bahasa Inggeris. Belajar dan catat istilah penting dalam bahasa tempatan seperti:

  • China: 清真 (Qīngzhēn)
  • Thailand: ฮาลาล (Halal)
  • Korea: 할랄 (Hallal)
  • Jepun: ハラール (Harāru)

Ambil gambar simbol halal atau tunjukkan kepada pelayan restoran ketika membuat pesanan. Ini sangat membantu jika anda berada di kawasan yang kurang fasih berbahasa Inggeris.

4. Pilih Makanan Laut, Vegetarian atau Timur Tengah

Jika sukar jumpa restoran halal, alternatif yang lebih selamat ialah:

  • Makanan laut segar (pastikan tidak dimasak dengan alkohol).
  • Makanan vegetarian atau vegan – Tanpa daging, lebih selamat dan mudah dijumpai.
  • Restoran India, Timur Tengah atau Turki – Biasanya lebih berkemungkinan menyajikan makanan halal.

Namun, tetap perlu bertanya tentang bahan-bahan, terutama penggunaan alkohol, stok ayam/daging tidak halal atau lard (lemak babi) yang sering tersembunyi dalam masakan.

5. Singgah Masjid, Bukan Sekadar Beribadah

Masjid bukan hanya tempat untuk solat, tetapi juga pusat komuniti Muslim tempatan. Banyak masjid besar di luar negara mempunyai:

  • Kafe halal di dalam atau berhampiran kawasan masjid
  • Ahli jemaah yang boleh beri panduan tentang kedai halal berdekatan
  • Senarai restoran halal yang ditampal pada papan kenyataan masjid

Contoh: Masjid Seoul Central Mosque di Itaewon, Korea Selatan, menjadi hotspot pelancong Muslim kerana kawasan sekelilingnya penuh dengan restoran halal dan pasar mini produk Muslim-friendly.

makanan halal luar negara

Foto: freepik

*REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Baca juga: Insiden Pelancong Diserang Harimau Di Thailand, Rakyat Malaysia Diingatkan Hati-Hati Bergambar!

Sumber: zabihah.com, musliminkorea.org

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×