Euforia Bola 2026
Famili

“Ini Bukan Biasa-Biasa!”- Hadiah Hari Guru Anak 11 Tahun Curi Tumpuan, Dapat Set Le Creuset!

le creuset

Setiap tahun, tanggal 16 Mei diraikan sebagai Hari Guru, hari istimewa bagi menghargai segala jasa dedikasi guru dan ramai mengambil inisiatif untuk memberi hadiah dalam pelbagai bentuk. Namun, apa yang menariknya kali ini apabila tular ibu bapa memberikan hadiah Le Creuset kepada guru-guru!

Seronoknya para guru di sekolah tersebut ya…

Baca juga: Cikgu Dah Banyak Dapat Mug? Boleh Cuba Idea Hadiah Hari Guru Bajet INI Tapi ‘Touching’ Habis!

IBU BAPA BAGI LE CREUSET SEBAGAI HADIAH HARI GURU, NETIZEN PUN WOW!

le creuset

Di media sosial, para ibu bapa giat berkongsi pelbagai idea dan jenis hadiah unik sebagai tanda terima kasih kepada guru-guru yang telah mencurahkan ilmu kepada anak-anak mereka. Tetapi, netizen tertumpu  kepada satu video tular memaparkan seorang wanita yang mengunjungi kedai barangan dapur berjenama mewah, Le Creuset, untuk membeli hadiah Hari Guru buat pendidik anak lelakinya yang kini berusia 11 tahun.

“Ramai yang tunggu hadiah Hari Guru edisi 2025 ke? Ini hadiah daripada Hafiz Harith untuk semua cikgunya sempena Hari Guru tahun ini.

“Terima kasih kepada Encik Ikhawan, kakitangan Le Creuset Mid Valley, kerana memberikan layanan mesra serta menyediakan balutan hadiah yang begitu kemas dan cantik lengkap dengan reben,” tulis wanita tersebut.

Wanita berkenaan, Nurashikin, pernah mencuri perhatian ramai pada tahun sebelumnya apabila menghadiahkan barangan kemas daripada Habib Jewels kepada para guru anaknya.

Melalui beberapa perkongsian di akaun TikTok miliknya, beliau dan suaminya turut dikenali kerana sering menghadiahkan rakan sekelas anak mereka dengan kelengkapan sekolah daripada jenama-jenama terkemuka.

*Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan ibu bapa juga mengharapkan bahawa jenis pemberian hadiah tidak menjadi punca kepada guru bersifat pilih kasih. Biasalah, bukan semua orang mampu untuk menyediakan hadiah mahal-mahal…

@nurashikindin Ada yg tunggu hadiah hari guru versi 2025 ke tuuu ? 🤭🤭 Hadiah hari guru 2025 dari Hafiz Harith untuk semua cikgu cikgu dia ♥️💜. Special thanks untuk staff @Le Creuset midvalley Encik Ikhwan layan kami membeli dan bungkuskan cecantik untuk guru anak saya. Siap reben 🌹. #hadiahhariguru2025 #lecreuset #fypviralシ @Le Creuset Malaysia ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) (Sped Up Version) – FIFTY FIFTY

Baca juga: “Gaji Bidang Kemahiran Boleh Cecah RM6,000!”- Ini Sebab TVET Tarik Minat Pelajar Cemerlang

Sumber: Tiktok @nurashikindin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×