Euforia Bola 2026
Nur

Selain Gemuk & Sempurna Fizikal, Ramai Baru Tahu 6 Warna Haiwan Korban Ini Juga Kena Utamakan!

haiwan korban

Setiap kali musim korban, ramai yang berlumba-lumba mendapatkan haiwan korban terbaik. Namun selain harga dan saiz, ada satu perkara yang jarang diberi perhatian iaitu keutamaan warna haiwan menurut pandangan ulama.

Perkara ini dijelaskan menerusi perkongsian oleh Portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, menerangkan tentang warna haiwan korban yang dianggap lebih afdal dalam Islam.

Baca juga: Rindu Yang Tak Akan Pernah Hilang…Ini Koleksi Doa Indah Buat Arwah Ibu Tercinta Sempena Hari Ibu

WARNA HAIWAN KORBAN YANG DIUTAMAKAN

haiwan korban

Gambar hiasan: Gemini AI

Menurut penjelasan tersebut, kriteria pemilihan haiwan korban bukan sahaja dilihat pada fizikal yang sempurna dan sihat, malah turut mengambil kira aspek warna haiwan tersebut.

Berdasarkan pandangan ulama mazhab Syafi’i yang dihuraikan oleh Imam al-Nawawi, berikut merupakan pemilihan warna haiwan korban disunatkan mengikut keutamaan seperti turutan di bawah:

  1. Putih
  2. Kuning
  3. Kelabu
  4. Merah
  5. Belang putih dan hitam
  6. Hitam

Menurut ulama, warna putih dianggap paling utama kerana ia disebut dalam beberapa riwayat hadis berkaitan ibadah korban yang dilakukan Rasulullah SAW.

Baca juga:

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, beliau berkata Rasulullah SAW pernah berkorban dengan dua ekor kibasy bertanduk yang berwarna putih kehitaman.

قَالَ: «ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ، ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ، وَسَمَّى وَكَبَّرَ، وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا»

“Rasulullah SAW berkorban dengan dua ekor jantan kibasy (kambing biri-biri) putih kehitaman lagi bertanduk, Baginda menyembelih keduanya dengan tangannya, lalu mengucapkan basmallah serta bertakbir, dan Baginda meletakkan kakinya di antara leher dan badan kedua haiwan tersebut.” Riwayat al-Bukhari (5565) dan Muslim (1966)

Maksud “أَمْلَحَيْنِ” daripada الْأَمْلَحُ (amlah) menurut Ibn al-‘Arabi ialah putih bersih sementara al-Asma’i menyatakan putih bertompok warna kehitaman. Sebahagian pendapat ulama lain menyatakan warna putih lebih banyak daripada hitam dan atasnya warna merah.

Sementara Imam al-Munawi menyatakan الْأَمْلَحُ (amlah) ialah warna putih dan hitam yang mana putihnya lagi banyak atau disebut الأغبر (aghbar) atau warna hitam di celah bulunya dan warna putihnya bersih seperti garam atau atasnya warna kemerahan.

Pemilihan sifat warna haiwan tersebut kerana elok penampilannya atau kerana banyak lemak dan dagingnya. Justeru itu, orang yang melaksanakan ibadah korban mestilah memilih jenis haiwan yang paling terbaik, sempurna fizikalnya dan paling gemuk.

haiwan korban

Gambar hiasan: Gemini AI

Baca juga: Islam Tak Halang Berhibur, Ini 10 Alternatif Hiburan Diredai Allah & Hati Pun Tenang Tak Kosong!

Sementara Imam al-Nawawi dalam Syarah Muslim menyatakan pemilihan haiwan korban mengikut keutamaan warna:

“Fuqaha mazhab Syafi’i menyatakan sunat memilih haiwan korban berdasarkan warna yang terbaik dan mereka bersepakat tentang perkara itu. Menurut ulama kami bahwa warna yang paling afdal haiwan sembelihan korban ialah putih, kemudian warna kuning, seterusnya warna kelabu iaitu tidak putih bersih, kemudian warna al-balqa’ iaitu sebahagian warna putih dan sebahagian warna hitam (belang) kemudian warna hitam.”

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

دَمُ عفراءَ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ دَمِ سَوداوين”.

Maksudnya: “Darah binatang korban yang kulitnya berwarna kelabu lebih aku sukai berbanding dua ekor yang berwarna hitam.” Riwayat Ahmad

Warna الْعَفْرَاءُ ialah warna putih yang tidak terang, maka warna putih lebih afdal daripada warna lain.

Selain warna putih juga masih sah dijadikan haiwan korban seperti yang dinyatakan dalam hadis Bukhari sembelihan haiwan kibasy yang berwarna amlah “أَمْلَح” / aghbarالأغبر (lebih banyak putih dari hitam).

Sementara itu, fuqaha al-Bujairimi menambah warna merah dalam sususan keutaman pemilihan warna haiwan korban:

“Mengutamakan haiwan korban berwarna putih, kemudian kuning, kelabu, merah, seterusnya warna belang putih hitam dan hitam.”

Bukan warna sahaja, fizikal juga perlu terbaik

Walaupun terdapat keutamaan warna tertentu, Islam tetap menekankan supaya umat memilih haiwan korban yang terbaik dari sudut kesihatan, saiz dan fizikalnya.

Menurut penjelasan ulama, haiwan yang gemuk, sihat dan sempurna lebih baik dijadikan korban kerana ia melambangkan kesungguhan dalam beribadah kepada Allah SWT.

Selain itu, semua warna haiwan korban tetap sah digunakan selagi memenuhi syarat sah korban yang ditetapkan.

Perkongsian ini membuatkan ramai baru mengetahui bahawa pemilihan warna haiwan korban sebenarnya turut dibincangkan secara terperinci dalam kitab-kitab fiqh.

Baca juga: “Open Minded Sikit Boleh?” Kenyataan Gadis Tentang ‘Kelab Halal’ Dikecam Netizen, Dr. Ahmad Sanusi Beri Respon

Sumber: Portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×