Euforia Bola 2026
Famili

Polis Arau Buru Lelaki Warga Asing, Didakwa Pegang & Cium Murid Lelaki Di Padang Sekolah

warga asing

Terdapat satu kejadian tular yang membimbangkan melibatkan seorang lelaki warga asing yang didakwa bertindak memegang, mengangkat serta mencium beberapa murid lelaki di sebuah sekolah rendah di Perlis, baru-baru ini.

Susulan insiden tersebut, pihak polis kini sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan culik dan gangguan fizikal terhadap murid sekolah terbabit.

Baca juga: “Derita 3 Jam…” Remaja Didakwa Dikurung & Dil*wat, Polis Giat Buru Suspek Ada Rekod Jenayah Lampau

LELAKI WARGA ASING DIBURU POLIS, DIDAKWA PEGANG CIUM MURID

warga asing

Suspek masuk sekolah melalui pintu belakang

Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Ahmad Mohsin Md Rodi, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu lelaki berusia 41 tahun pada jam 1 tengah hari semalam.

Ketika kejadian sekitar jam 5.45 petang Rabu lalu, pengadu bersama isterinya dikatakan sedang melatih pelajar kelas silat di padang sekolah rendah berkenaan.

Katanya, lelaki terbabit dipercayai memasuki kawasan sekolah melalui pintu pagar belakang sebelum menuju ke kawasan padang tempat murid sedang menjalani latihan.

“Pengadu mendapati seorang lelaki warga asing masuk ke pekarangan sekolah melalui pintu pagar belakang dan terus menuju ke kawasan padang tempat mereka berlatih.

“Suspek kemudian bertindak memegang, mengangkat serta mencium beberapa murid lelaki tanpa sebab yang munasabah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Baca juga: “Ibu Ayah Tertuduh Tengok Dia Cuci Kereta Berkali-Kali” Perkembangan Baharu Kes 61 Tikaman Jadi Perhatian

Pengadu halang suspek sebelum melarikan diri

Menurut Ahmad Mohsin lagi, pengadu mula berasa curiga dan bimbang lelaki tersebut mempunyai niat tidak baik terhadap murid-murid di kawasan berkenaan.

Pengadu kemudiannya bertindak menghalang suspek sebelum mengarahkannya keluar dari kawasan sekolah. Situasi itu turut dibantu oleh pengawal keselamatan sekolah yang datang ke lokasi bagi mengusir lelaki terbabit.

“Suspek terus beredar meninggalkan kawasan sekolah dan melarikan diri menuju ke kawasan hutan berdekatan,” katanya.

Tambah beliau, pengadu turut memaklumkan bahawa suspek tidak mahir bertutur dalam bahasa Melayu dan hanya bercakap menggunakan bahasa Thailand.

Baca juga: “Berbaiklah Semula Dengan Acik…” – Bapa Terkilan Dedah ‘Surat Cinta’ Menggelikan Pemandu Van Kepada Anak 12 Tahun

warga asing

Gambar hiasan: Gemini AI

Polis sedang giat kesan suspek

Susulan kejadian itu, pihak polis telah bertemu dengan pihak sekolah untuk mendapatkan pengesahan berhubung insiden yang berlaku. Pihak sekolah juga dilaporkan menasihatkan pengadu supaya membuat laporan polis demi keselamatan murid lain.

Kes kini dirujuk kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

Orang ramai khususnya ibu bapa juga dinasihatkan supaya sentiasa memantau keselamatan anak-anak serta segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika melihat sebarang individu mencurigakan di kawasan sekolah.

Sumber: Harian Metro

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×