Euforia Bola 2026
Famili

Budak Didakwa Minta Sedekah Berulang Kali Di Restoran Bukit Bintang, Puak Hanyut Ini Boleh Rosakkan Imej Negara!

minta sedekah

Satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai warga asing minta sedekah di dalam sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen selepas tular di media sosial.

Baca juga: Pulau-Pulau Cantik di Cape Verde, Negara Kecil Yang Hampir Kalahkan Juara Dunia Argentina

BUDAK DIDAKWA MINTA SEDEKAH BERULANG KALI DI RESTORAN BUKIT BINTANG

minta sedekah

Foto: Threads @riddler.kl

Menerusi perkongsian di Threads, individu yang memuat naik video itu mendakwa kejadian tersebut bukanlah kali pertama berlaku.

Menurut dakwaannya, pekerja restoran memaklumkan bahawa kanak-kanak berkenaan sudah beberapa kali dihalau keluar daripada premis, namun masih kembali untuk meminta sedekah daripada pelanggan.

Malah, individu tersebut mendakwa pada malam kejadian sahaja, kanak-kanak itu dikatakan masuk ke restoran sebanyak tiga hingga empat kali.

Dia turut mendakwa kebanyakan sasaran kanak-kanak berkenaan ialah pelancong asing yang berada di restoran tersebut.

Budak Rohingya ni banyak kali kena halau dengan staff McD Bukit Bintang tapi masih degil mintak sedekah dekat mat saleh dalam McD ni.

Staff McD sini kata malam ni sahaja budak ni dah 3-4 kali masuk minta sedekah malam ni, mat saleh pun baik hati sangat bagi RM10-20. Mungkin mat saleh ingat budak ni orang Malaysia kot.

Individu berkenaan turut mendakwa, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak tersebut dipercayai merupakan warga Rohingya. Bagaimanapun, dakwaan itu tidak dapat disahkan secara bebas.

Pelancong Didakwa Hulur Wang Kerana Simpati

minta sedekah

Foto: Threads @riddler.kl

Menurut perkongsian tersebut lagi, beberapa pelancong asing didakwa menghulurkan wang antara RM10 hingga RM20 selepas menyangka kanak-kanak itu merupakan rakyat tempatan yang benar-benar memerlukan bantuan.

Perkongsian itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan kebimbangan terhadap aktiviti meminta sedekah di kawasan tumpuan pelancong.

Netizen Bimbang Aktiviti Mengemis Jejaskan Imej Negara

Menjengah ke ruangan komen, ramai berpendapat aktiviti seumpama itu boleh memberi tanggapan negatif kepada pelancong yang berkunjung ke Malaysia.

Ada juga yang berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi memastikan kebajikan kanak-kanak tersebut serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya wujud unsur eksploitasi atau pelanggaran undang-undang.

Antara komen yang ditinggalkan ialah:

Mencemarkan imej Malaysia.

Merosakkan imej Malaysia di mata dunia. Tolonglah buat kempen di Bukit Bintang. Halang aktiviti minta sedekah.

Bukit Bintang memang teruk dah sekarang. Pencemaran pemandangan.

Dalam masa sama, terdapat juga netizen yang mengingatkan orang ramai supaya tidak terus memberikan wang kepada individu yang meminta sedekah kerana dikhuatiri boleh menggalakkan kegiatan tersebut jika melibatkan sindiket.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung video tular berkenaan atau identiti sebenar kanak-kanak tersebut. Namun, orang ramai disaran menyalurkan bantuan melalui saluran yang sah sekiranya ingin membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

Baca juga: Bukan Sekadar Teman Bermain, Haiwan Peliharaan Sebenarnya Boleh Bantu Emosi Anak Lebih Stabil

Sumber: Threads @riddler.kl

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×