Euforia Bola 2026
Famili

Warden Asrama Tahfiz Menangis Di Mahkamah, Mengaku Bersalah Liw*t Dan Amang Seksual Pelajar

warden asrama

Di Seremban, seorang warden asrama di sebuah pusat tahfiz di Jempol menitiskan air mata ketika mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen semalam (12 Jun) atas dua tuduhan meliwat serta satu tuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajarnya.

Berita mengenai insiden ini mengejutkan orang ramai lantas terfikir bahawa anak-anak yang berada di pusat pengajian Al-Quran pun sudah tidak lagi selamat!

Baca juga: Tragedi Bun*h Guru, Remaja Naik Angin DIPAKSA Belajar Jadi Punca Habiskan Nyawa Ibu & Abang

WARDEN ASRAMA SEKOLAH TAHFIZ ADA 15 TUDUHAN SEKSUAL, MENGAKU!

warden asrama

Foto hiasan.

Menurut laporan Buletin TV3, tertuduh, Mohd Khairi Fitri, 38 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Menurut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa meliwat dua pelajar masing-masing berusia 13 tahun empat bulan dan 10 tahun tujuh bulan. Selain itu, dia turut dituduh mencabul kehormatan seorang lagi pelajar berumur 12 tahun empat bulan.

Perbuatan keji itu didakwa berlaku antara Disember 2023 hingga Januari 2024 di premis pusat pengajian tersebut yang terletak di Batu Kikir, Jempol.

Tuduhan berkaitan amang seksual difailkan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Bagi dua kesalahan liwat pula, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni, memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat bagi memberi pengajaran sewajarnya, sambil menegaskan bahawa pengakuan bersalah oleh tertuduh tidak seharusnya menjadi alasan untuk meringankan hukuman.

Hakim kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh penangkapan serta dua sebatan. Beliau turut mengarahkan tertuduh mengikuti sesi kaunseling dan berada di bawah pengawasan pihak polis selama setahun selepas dibebaskan kelak.

Bagaimanapun, tertuduh menafikan 12 lagi pertuduhan tambahan, iaitu enam tuduhan meliwat dan enam tuduhan amang seksual melibatkan tujuh kanak-kanak lain yang berumur antara lapan hingga 12 tahun sembilan bulan ketika kejadian.

Kesemua perbuatan itu dipercayai berlaku di lokasi sama serta di sebuah kediaman di Kampung Rambang Panas, Juasseh, Kuala Pilah, antara Mac 2024 hingga Januari lalu. Tertuduh berdepan tuduhan tambahan di bawah Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta 792 serta Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan, dan menetapkan 14 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pelantikan peguam dan serahan dokumen berkaitan. Semoga hukuman yang setimpal diberikan supaya dapat diingati sehingga ke akhir nyawanya.

Baca juga: Awas! Ini 9 Jenis Perabot Dikatakan Jadi ‘Sarang Setan’ & Tenaga Negatif Dalam Rumah

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×