Rayuan haji menjadi antara ikhtiar yang boleh dilakukan oleh bakal jemaah yang masih belum menerima giliran menunaikan ibadah haji.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita, Sue Sulaiman berkongsi pengalaman rayuannya berjaya sehingga berpeluang menjadi tetamu Allah pada musim haji 1447H/2026.
Baca juga: Tak Salah Berikhtiar, Ini Cara Buat Air Penawar Untuk Tenangkan Diri & Anak Sebelum Tidur
NAK BUAT RAYUAN HAJI? WANITA KONGSI TIPS

Menurutnya, rayuan boleh dibuat menerusi aplikasi THiJARI dengan memilih pilihan rayuan PJH. Pada masa sama, bakal jemaah juga perlu memaklumkan kepada syarikat PJH yang ingin dipilih kerana hanya satu syarikat boleh dipilih daripada senarai PJH yang dilesenkan oleh Tabung Haji.
Sue berkata, sebelum membuat rayuan, beliau dan suami terlebih dahulu meneliti beberapa syarikat PJH bagi mencari pakej yang sesuai dengan kemampuan kewangan mereka.
Selain harga, antara faktor lain yang dipertimbangkan ialah:
- Jarak hotel di Makkah dan Madinah.
- Atur cara ibadah haji yang hampir dengan sunnah Rasulullah SAW
- Pergerakan ke Mina pada Hari Tarwiyah
- Jadual aktiviti sepanjang berada di Tanah Suci
- Pengalaman dan ulasan daripada jemaah yang pernah menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut
Tambahnya, maklum balas positif daripada kenalan yang pernah menunaikan haji menjadi antara sebab mereka memilih syarikat tersebut untuk membuat rayuan.
“Alhamdulillah, dengan izin Allah, rayuan kami berjaya. Dari hari pertama berhubungan dengan PIC kami, hanya 100% melalui whatsapp sahaja (jumpa face to face first time masa kursus intensif). Sangat memudahkan urusan, menjawab segala pertanyaan dan soalan kami dengan pantas dan efisien,” jelasnya.
Sue turut berkongsi bahawa urusan bersama syarikat PJH yang dipilih berjalan lancar, termasuk komunikasi yang kebanyakannya dibuat menerusi WhatsApp sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Menurutnya, pengurusan yang teratur, pengisian rohani, bimbingan mutawif serta lokasi hotel yang berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi antara perkara yang memberi keselesaan sepanjang menunaikan ibadah haji.
Di akhir perkongsiannya, dia berharap pengalaman tersebut dapat menjadi panduan kepada bakal jemaah yang bercadang membuat rayuan PJH pada musim haji akan datang.
“Pergerakan masyair haji bermula tengah malam 7 Zulhijjah untuk ke Mina (sunnah hari Tarwiyah). Pergerakan sangat teratur walaupun dah tengah malam. Setiap kali akan berlaku pergerakan, pengurusan dan mutawif akan bagi taklimat, memo juga dihantar melalui whatsapp group,” tambahnya.
Dia turut mendoakan agar semua yang memasang impian untuk menjadi tetamu Allah dipermudahkan urusan dan dikurniakan peluang menunaikan ibadah haji pada waktu yang terbaik.
Baca juga: Gadis Luah Sedih Ibu Ayah Tak ‘Wish Birthday’, Respon TokTi Minta Tukar Persepsi Tentang Hari Lahir
Sumber: Threads Sue Sulaiman
