Euforia Bola 2026
Rakyat

Rayuan Haji 2026 Dibuka Lebih Awal, Boleh Mula Mohon Bermula 3 November Ini

RAYUAN HAJI 2026

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bahawa permohonan rayuan haji 2026 akan dibuka mulai 3 November 2025  menerusi aplikasi dan laman sesawang rasmi THiJARI.

Menurut Ketua Jabatan Haji TH, Mohd Hisham Harun, langkah membuka rayuan lebih awal dibuat bagi memberi kemudahan kepada bakal jemaah haji untuk membuat persediaan awal sekali gus memastikan proses rayuan berjalan lancar dan teratur.

Baca juga: Huru-Hara Dibuatnya, Makin Ramai Yang Tertinggal Kad Pengenalan Di Stesen Minyak!

RAYUAN HAJI 2026 DIBUKA 3 NOVEMBER, INI CARA NAK MOHON

RAYUAN HAJI 2026

Beliau turut menjelaskan bagi permohonan rayuan luar giliran tahun haji semasa, terdapat beberapa kriteria yang akan diambil kira bagi proses pertimbangan merit pemohonan antaranya tempoh pendaftaran haji, umur, purata baki simpanan di dalam akaun TH dan kekerapan permohonan rayuan serta pernah mengikuti Kursus Asas Haji yang dikendalikan oleh TH.

Hanya pendeposit yang mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM15,000 dalam akaun TH layak mengemukakan rayuan.

Bayaran penuh bagi jemaah haji yang terpilih melalui proses rayuan adalah RM33,300, selaras dengan konsep istitoah (kemampuan).

Seperti tahun-tahun sebelumnya, TH turut memberi keutamaan kepada rayuan mahram, pengiring jemaah warga emas dan OKU bagi musim haji akan datang.

Cara buat rayuan haji 1447H/2026M

1. Log masuk ke THiJARI (Klik sini)

2. Pilih Menu Perkhidmatan Haji.

3. Pilih sub menu ‘Rayuan Haji’

4. Kemudian pilih ‘Permohonan Rayan Haji’ /’Semak Status Rayuan’.

5. Baca Kategori dan Garis Panduan Rayuan Haji.

6. Pilih Kategori Rayuan Haji

7. Pilih Persetujuan Pembayaran

8. Pilih Status Kesihatan

9. Klik Perakuan Istitoah

10. Tekan butang Hantar dan muat turun Slip Rayuan Haji untuk simpanan.

Pertanyaan lanjut, boleh layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Baca juga: Pusat Rawatan TH Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci & Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah 2026M

Sumber: Tabung Haji

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×