Baru-baru ini, perkongsian seorang wanita yang dipercayai orang Sabah, mengajar cara buat perigi mini telah menarik perhatian ramai. Hal ini kerana, ia merupakan satu ilmu yang mahal di zaman ini, dek kerana bekalan kemudahan air yang sudah maju tidak seperti zaman nenek moyang dahulu kala.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @dangke_nona, memperlihatkan wanita tersebut mengorek tanah sehingga mengeluarkan air yang keluar dari bawah tanah.
Baca juga: Tips Baiki Helaian Bucu Buku Terlipat & Cara Kemas Balut Tulang Buku Teks Agar Tak Rosak!
CARA BUAT PERIGI MINI

Gambar: TikTok @dangke_nona
Proses yang dilakukannya adalah:
- Gali tanah sehingga mendapat kedalaman dan keluasan yang sesuai.
- Kemudian, letak besen plastik yang telah ditebuk lubang pada bahagian bawahnya agar air dapat masuk.
- Air kotor yang muncul perlu dibuang berulang kali sehingga ia mengeluarkan air yang jernih.
Menurutnya, jenis kawasan tanah yang sesuai untuk membuat pergi mini mestilah terdapat sumber air semula jadi di dalamnya seperti berdekatan sungai.
Baca juga: Ingat Letak Racun Atau Pasang Perangkap Dah Tewaskan Tikus, Rupanya 9 Cara Ini Lebih Berkesan!
Wanita itu turut menyatakan, perigi mini yang dibuatnya itu sangat berguna digunakan ketika tiada bekalan air di rumah untuk menyelesaikan tugasan rumah seperti membasuh basuh dan pinggan, selain sebagai air mandian.
Sehingga kini video perkongsian cara membuat perigi kecil itu telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan dan kira-kira 55,800 tanda suka.
Baca juga: [VIDEO] DIY Sabun Pencuci Pinggan Guna Limau Kasturi, Dapat 12 Liter & Jimat Bertahun!
Reaksi warga maya yang memuji!

Gambar: TikTok @dangke_nona
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial. Di mana, kebanyakan mereka memberi pujian kepada wanita berkenaan kerana tidak berkira untuk berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat itu.
“Syabas makcik semua ilmu ini boleh dimanfaatkan oleh semua orang hingga ke hari kiamat.
“Masa susah dapat air bersih, begini kami buat dulu-dulu.
“Dulu-dulu kami memang guna air perigi saja.
“Dulu kecil-kecil suka buat lepas itu ada jernih buat mandi, boleh buat besar biar jadi kolam
“Memang ajaib. Kena rajin usaha untuk buang dulu itu air yang kotor hingga keluar air jernih. Selamat diguna, terbaik!” antara komen yang ditinggalkan pengguna TikTok.
@dangke_nona Banyak yg chat maci mau minta tutorial buat perigi kecil#semuorangdititok #fypシ゚viral
Baca juga: Sayang Nak Buang Banyak Nostalgianya, Ini Tips Ubah Suai KABINET TV Lama Jadi Lebih ‘Trendy’!
Sumber: TikTok @dangke_nona
FT Image: TikTok @dangke_nona
