Euforia Bola 2026
Famili

Bekalan Air Terhenti 26 Jam, Lebih 30 Ribu Pengguna Terjejas Mulai Rabu Ini!

bekalan air

Lebih 30,000 pengguna akan mengalami gangguan bekalan air selama 26 jam bermula pukul 9 pagi pada Rabu depan sehingga 11 pagi keesokan harinya.

Gangguan berjadual ini dilakukan susulan kerja penyelenggaraan menyeluruh di Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar, Pasir Gudang yang menjejaskan pengguna di sekitar bandar raya Johor Bahru.

Baca juga: Cedera Pada Lubang Dubur, Bayi 15 Bulan Maut Dipercayai Didera Ibunya & Teman Lelaki!

GANGGUAN BEKALAN AIR SELAMA 26 JAM

bekalan air

Gambar hiasan Fail NSTP

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn. Bhd. Anuar Abdul Ghani, menjelaskan bahawa kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan baik pulih dan pemeriksaan menyeluruh ke atas instrumen penting di loji tersebut.

Penutupan sementara ini dianggap perlu bagi memastikan sistem rawatan air dapat terus berfungsi secara cekap dan selamat dalam jangka masa panjang.

Menurut beliau, gangguan ini adalah langkah proaktif bagi memastikan sistem pembekalan air berada dalam keadaan optimum serta stabil.

Ranhill SAJ juga komited memastikan setiap titis air terawat yang disalurkan kepada pengguna terus mematuhi piawaian ketat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Baca juga: Sempena Mesyuarat ASEAN 8 Hingga 11 Julai, 3 Lebuh Raya & 15 Jalan Utama Bakal Ditutup!

Sebagai langkah persediaan, orang ramai dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.

Bagi menangani keperluan mendesak, Ranhill SAJ akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan kritikal termasuk hospital, pusat dialisis dan institusi yang memerlukan bekalan air berterusan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang perkembangan terkini mengenai gangguan bekalan air ini, pengguna boleh menghubungi talian 1800-88-7474, melayari laman web www.ranhillsaj.com.my atau mengikuti Facebook rasmi Ranhill SAJ.

Baca juga: Budak 3 Tahun Cedera Betis Kiri, Digigit Anjing German Shepherd Di Puchong!

Sumber: Kosmo!

FT Image: Faiz Anuar (Harian Metro)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×