Euforia Bola 2026
Famili

Gangguan Bekalan Air Selangor, Ini Senarai Kawasan Yang Belum Pulih

Bekalan Air Selangor

Status terkini gangguan bekalan air Selangor akibat henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

Air Selangor memberitahu keempat-empat LRA telah beroperasi sepenuhnya dan bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna. Sehingga jam 6:00 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 9.9%.

Baca juga: Air Selangor Umum Gangguan Bekalan Air Terkini, Ini Senarai Kawasan Terjejas

GANGGUAN BEKALAN AIR SELANGOR, SENARAI KAWASAN BELUM PULIH

Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 40% pada jam 8:00 pagi, 25 Julai 2024 (Khamis) diikuti dengan 90% pada jam 8:00 malam, 25 Julai 2024 (Khamis). Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 8:00 pagi, 26 Julai 2024 (Jumaat).

Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual serta jangkaan masa pemulihan penuh adalah seperti berikut:

Kumpulan 1

BEKALAN AIR SELANGOR

BEKALAN AIR SELANGOR

BEKALAN AIR SELANGOR

BEKALAN AIR SELANGOR

BEKALAN AIR SELANGOR

BEKALAN AIR SELANGOR

BEKALAN AIR SELANGOR

BEKALAN AIR SELANGOR

BEKALAN AIR SELANGOR

BEKALAN AIR SELANGOR

BEKALAN AIR SELANGOR

BEKALAN AIR SELANGOR

BEKALAN AIR SELANGOR

BEKALAN AIR SELANGOR

Kumpulan 2

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

Kumpulan 3

gangguan bekalan air selangor

gangguan bekalan air selangor

gangguan bekalan air selangor

gangguan bekalan air selangor

Untuk makluman, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor telah menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang masih terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Bantuan bekalan air alternatif menerusi 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa, daripada saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Baca juga: Jangan Lupa Buang Sampah & Sisa Makanan Sebelum Tidur, Takut Ada Yang ‘Datang’!

Sumber: Facebook Air Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×