Dalam perjalanan ke Tanah Suci, ramai yang hadir dengan doa dan harapan tersendiri. Begitulah kisah menyentuh hati yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, natasyahazari, mengenai pengalaman kenalannya, Kak Fiza, yang rindu arwah ibunya dan terjumpa jemaah turki yang seakan mirip ibunya.
Baca juga: 6 Persediaan Bakal Jemaah Haji Perlu Buat Untuk ‘Fit’, Pak Cik Mak Cik Dah Kena Mula Sekarang!
RINDU ARWAH MAK, WANITA TEMUI JEMAAH TURKI MIRIP MAK DI MASJID NABAWI

Foto: Tiktok @natasyahazari
Menurut perkongsian tersebut, sehari sebelum kejadian, Kak Fiza sempat meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap Allahyarhamah ibunya yang telah meninggal dunia kira-kira tujuh tahun lalu.
Dalam nada penuh harapan, dia bertanya secara spontan:
“Takde ke yang iras-iras muka mak akak? Akak rindu…”
Luahan itu mungkin kedengaran biasa, namun siapa sangka ia seakan menjadi doa yang didengari.
Keesokan harinya, ketika berada di Masjid Nabawi, Kak Fiza dan rakannya terserempak dengan seorang jemaah wanita dari Turki. Apa yang mengejutkan, wajah wanita tersebut sangat mirip dengan Allahyarhamah ibu Fiza.
Pertemuan itu berlaku tanpa dirancang, namun meninggalkan kesan yang begitu mendalam.
Walaupun mereka tidak berkongsi bahasa yang sama dan langsung tiada pertalian darah, hubungan yang terjalin pada saat itu terasa sangat dekat dan penuh makna.
Pelukan Yang Mengubat Rindu

Foto: Tiktok @natasyahazari
Lebih menyentuh hati, wanita Turki tersebut memeluk Kak Fiza dengan penuh kasih sayang, seolah-olah memahami perasaan yang sedang dilalui.
Malah, wanita itu turut menyatakan bahawa dia tidak mempunyai anak perempuan, namun pada hari itu, dia merasakan seolah-olah telah menemui seorang anak.
Detik itu bukan sekadar pertemuan biasa, tetapi menjadi satu bentuk “penawar” kepada kerinduan yang sekian lama terpendam dalam hati seorang anak.
Pengalaman Kak Fiza ini mengingatkan kita bahawa rindu kepada insan tersayang tidak pernah hilang, namun Allah sentiasa memberikan kekuatan untuk menghadapinya.
Dalam setiap ujian, pasti ada hikmah yang tersembunyi, dan mengajar kita untuk lebih menghargai insan tersayang selagi masih ada kesempatan.
@natasyahazari Kisah dalam Masjid Nabawi harinii🥺 Duk sini memang hati tisu berul..dari masuk masjid Nabawi then masuk Rawdah.. rasa dia xboleh nak cakapp🥺😭 Kawan sy rindu mak dia..masa kat Mekah, kami jalan balik dari Mataf dia cakap dalam ribu2 org xde ke muka yg macam ibu diaa.. harini Allah jawab.. Walaupun hampir2 sma seiras tapi sis tahu personaliti auntie ni macam mak kawan sis..baikk lembut je nampak..sebab kawan sis ni pun baikk sangat orangnyaaa😭😭 Mudahnya Allah kabulkan😭😭🤲 #pendosayangmerindukantuhan #umrahdiaries #umrahdiymac2026 #masjidnabawimadinah ♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling
Baca juga: “Rezeki Luar Biasa” Dua Pelajar Cemerlang SPM Dipilih Jadi Tetamu Allah Pada Usia 18 Tahun
FT Images: Tiktok @natasyahazari
Sumber: Tiktok @natasyahazari
