Baru-baru ini syarikat platform media sosial TikTok memberhentikan ratusan pekerja daripada tenaga kerja globalnya, termasuk sebilangan besar kakitangan di Malaysia iaitu kurang dari 500 pekerja. Ini mengejutkan orang ramai dan terus tertanya-tanya adakah pampasan diberhentikan kerja akan diterima.
Adalah penting untuk mengetahui jumlah pampasan pemberhentian yang mungkin anda terima jika kehilangan pekerjaan secara bukan sukarela. Pengetahuan ini membolehkan anda merancang kewangan dengan lebih baik semasa mencari pekerjaan baharu.
Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!
MACAM MANA NAK DAPATKAN PAMPASAN DIBERHENTIKAN KERJA TANPA RELA?

Pengiraan pampasan pemberhentian juga berbeza berdasarkan beberapa faktor, termasuk tempoh perkhidmatan dan status pekerja. Berikut adalah panduan umum:
1.Jumlah hari gaji yang dikira sebagai pampasan bergantung pada tempoh perkhidmatan:
-Kurang daripada 2 tahun: 10 hari gaji untuk setiap tahun perkhidmatan.
-2 hingga 5 tahun: 15 hari gaji untuk setiap tahun perkhidmatan.
-Lebih daripada 5 tahun: 20 hari gaji untuk setiap tahun perkhidmatan.
2.Gaji bulanan: Gaji bulanan boleh mempengaruhi jumlah pampasan.
3.Tarikh berkhidmat: Tarikh mula dan akhir perkhidmatan diperlukan untuk mengira jumlah tahun atau bulan perkhidmatan dengan tepat.
Ini akan digunakan untuk menghitung jumlah pampasan yang sepatutnya diterima. Ini adalah kiraan pampasan bagi pekerja yang telah bekerja selama 6 tahun sebagai pengurus IT. Bilangan hari bekerja dalam sebulan adalah sebanyak 27 hari. Pengiraan adalah seperti berikut:
Tempoh berkhidmat: 6 tahun
Jumlah Hari Gaji: 20 hari gaji untuk setiap tahun (kerana lebih daripada 5 tahun)
Pampasan: 6 tahun x 20 hari gaji = 120 hari gaji Jika gaji bulanan adalah RM5,000, maka pampasan adalah:(RM5000/27hari)x 120 hari = RM22,222.22
4.Menggunakan kalkulator pengiraan pampasan
Jika anda menghadapi masalah mengira pembayaran pampasan, anda boleh menggunakan kalkulator pengiraan pampasan daripada Kementerian Sumber Manusia Malaysia (MOHR) ini untuk mendapatkan anggaran pembayaran pampasan. Begini cara menggunakan kalkulator:
-Tarikh mula perkhidmatan: Masukkan tarikh anda mula bekerja untuk syarikat itu.
-Tarikh akhir perkhidmatan: Masukkan tarikh perkhidmatan anda dengan syarikat itu tamat.
-Jumlah gaji yang diterima dalam 12 Bulan yang lalu: Masukkan jumlah gaji yang anda terima sepanjang tahun lalu. Ini termasuk gaji asas, elaun, bayaran lebih masa, komisen dan bayaran lain. Namun, bayaran yang dikecualikan di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 tidak dikira.
Kira: Selepas mengisi medan di atas, klik butang “Kira” untuk mengira bayaran pampasan.
Hasilnya akan dipaparkan seperti berikut:
-Tempoh perkhidmatan: Ini menunjukkan jumlah tempoh perkhidmatan pekerja dengan syarikat, biasanya dalam tahun.
-Kelayakan untuk pampasan pemberhentian: Bahagian ini menunjukkan bilangan hari pampasan pemberhentian yang layak diterima oleh pekerja untuk setiap tahun perkhidmatan.
-Bayaran pampasan: Ini memaparkan jumlah pembayaran pampasan yang dikira berdasarkan jumlah yang diberikan.
Namun, pengiraan ini hanyalah anggaran. Ia tidak boleh digunakan sebagai sumber utama atau dokumen sokongan untuk sebarang tuntutan. Sentiasa semak semula polisi syarikat anda atau berunding dengan HR atau penasihat undang-undang untuk pengiraan pampasan yang tepat.
5 JENIS BAYARAN JIKA PEKERJA DIBERHENTIKAN
1.Bayaran pemberhentian
Pampasan asas yang diberikan kepada pekerja berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka. Bayaran pemberhentian adalah terkecuali daripada KWSP dan SOCSO serta EIS.
2.Bayaran sagu hati
Bayaran tambahan yang mungkin diberikan sebagai tanda penghargaan. Ia juga diberikan untuk menutup kesulitan yang dialami. Bayaran sagu hati yang dibayar untuk penamatan kontrak dikecualikan daripada KWSP dan PERKESO serta EIS.
3.Bayaran sebagai notis
Bayaran ganti jika majikan tidak memberikan notis pemberhentian yang mencukupi. Bayaran sebagai ganti notis juga dikecualikan daripada KWSP dan SOCSO serta EIS.
4.Bayaran cuti
Pampasan untuk cuti tahunan yang belum digunakan. Namun, cuti sakit tidak termasuk dalam cuti tahunan. Bayaran baki cuti adalah tertakluk kepada semua caruman statutori.
5.Faedah kesihatan
Faedah kesihatan yang mungkin diteruskan untuk tempoh tertentu selepas pemberhentian, termasuk pelan insurans perubatan, pergigian, dan penglihatan.

*Semoga anda yang terjejas dan berada dalam kekalutan situasi sebegini, dipermudahkan segala urusan..
Baca juga: Naik 15%, Ini Simulasi Fasa 1 & 2 Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bermula Disember Nanti
Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Nasha MauKerja
