Euforia Bola 2026
Famili

Bapa Minta ‘Resign’ & Gajikan Untuk Jaga Sakit, Netizen Puji Kebajikan Anak Terjaga

berhenti kerja

Sudahlah diri merupakan anak yang bijak belajar, kemudian rela hati berhenti kerja apabila diminta oleh bapanya yang sakit. Manakala, si bapa pula sanggup menggajikan anaknya itu dari duit pencen sendiri kerana menjaga dirinya yang sakit.

Kedua-dua bapa dan anak ini, menunjukkan sikap yang wajar diteladani oleh masyarakat di luar sana dalam menyantuni sesiapa sahaja, biarpun mereka adalah darah daging sendiri.

Baca juga: Rider Terkejut Jumpa Flat Bersih TIADA Sampah “Ini Dah Melanggar Hukum Flat!”

ANAK BIJAK RELA BERHENTI KERJA JAGA BAPA SAKIT

berhenti kerja

Gambar: Taqiuddin Tabarani

Kisah dua beranak ini, dikongsikan sendiri oleh seorang lelaki bernama Taqiuddin Tabarani di Facebook yang terharu dengan pengorbanan adik lelakinya itu.

Manakala kisah tersebut, telah mendapat perhatian warga maya yang turut memuji tindakan kedua-dua insan itu, termasuklah langkah bijak si bapa dalam menjaga kebajikan anaknya yang sudah tidak lagi bekerja.

Adik yang bijak rela berhenti kerja jaga ayah sakit

Ini adik saya, Muhammad Ashraaf. Lulusan UIAM, BIASISWA JPA, pernah ambil Master dalam Fizik tetapi berhemti sebab dia rasa tak ada jiwa dalam FIZIK.

Lepas itu, dia jadi MA di klinik Vet di Bangi.

Sampailah satu ketika, masa ayah sedang sakit dan perlukan dia ulang-alik ke IKN, ayah minta dia berhenti kerja. Dan ayah cakap, ayah bayar gaji dia dari pencen penjawat awam dia.

Sejak dari itu, dia mula jaga ayah di rumah. Kenapa ayah pilih dia? Sebab ini anak manja ayah dari dulu.

Walau ada G6PD tapi selalu cemerlang dalam belajar

Dia dari kecil perlukan perhatian lebih sebab ada G6PD. Dulu Ridsect tak boleh kena, kacang parang tak boleh, ubat gegat tak boleh.

Tapi dia ini pandai, belajar tak banyak tapi score. Abang dia tuisyen siang malam, tapi SPM ke laut pulak. Hahaha.

Paling tak boleh brain dia selalu main game. Minecraft la apa la, tapi dia score. Ahh mencik. Aku ini macam tak ada ‘talent’ dalam belajar pula hahaha.

Baca juga: Gadis Kelantan Belajar Fesyen Di Jepun, Titikkan Nilai Agama “Tiada Halangan Berfesyen Ikut Syariah”

Baca juga: Pengalaman Ibu Sambut Puasa & Raya Bersama 2 Anak Istimewa, 14 Tahun Merantau Di Norway!

Hikmah kerja MA di Vet, adik pandai dalam segala hal menguruskan ayah

Tapi apa-apa pun, apa-apa berkenaan dengan prosedur ayah dia terpaling tahu. Aku ini kalau nak menolong ayah pun sampai ayah tanya dulu,

“Acap mana? Ayah nak acap..”

Kadang aku ini duduk tepi tak tahu nak buat apa. Tapi aku cubalah juga. Tak nak jadi tunggul.

Aku akui ada hikmah dia jadi MA dekat Vet sebelum ini, sebab dia dah biasa buat buat kerja macam dressing.

Bagi dekat aku, memang ayah pun stres agaknya sebab aku banyak tanya. Yelah, nak urus ayah yang sakit tak sama nak urus pergi kereta dekat puspakom. Lain tau.

Asyik tanya ayah sakit dekat mana, ini nak buat apa. Fed up lah ayah dengar soalan itu. tapi Acap semua dia tahu.

Seorang adik yang ‘rare breed’

Abang doakan kehidupan kau diberkati Allah, Cap. Walaupun orang cakap kau ini pelik, tapi bagi abang kau bukan pelik, tapi ‘rare breed’.

Nanti mari abang belanja kau tengok movie Minecraft, Cap. Terima kasih sebab sanggup berhenti kerja sebab nak jaga ayah.

Maaf sebab abang selalu sibuk. Tapi sekarang, abang cuba datang setiap hari sebab nak mengaji dengan ayah.

Baca juga: Bapa Terima Ujian Besar Anak Bongsu Pula ‘Pergi’, Isteri & Anak Sulung Nahas Sebulan Lalu!

Sumber: Taqiuddin Tabarani

FT Image:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×