Euforia Bola 2026
Famili

Bapa Nak ‘Sembunyi’ Aib Tak Mahu Jadi Wali, Anak Luar Nikah Lahirkan 6 Zuriat Tanpa Nikah!

anak luar nikah

Satu pendedahan mengejutkan apabila seorang anak luar nikah kini melahirkan 6 zuriat tanpa bernikah gara-gara bapa enggan menjadi wali perkahwinan.

Hal ini dikongsikan oleh Ezzya Ezza Ezzyat yang juga merupakan founder Rumah Amal Mama Ezzya Baiti Al Jannah yang fokus melindungi mangsa-mangsa sumbang mahram/rogol serta menjaga kebajikan anak-anak OKU yang dibuang oleh waris.

Baca juga: Ada Ramai Peminat Tapi Bukan Senang-Senang Je Janda Boleh Kahwin Tanpa Wali, Ini Hukumnya

ANAK LUAR NIKAH LAHIRKAN 6 ZURIAT LUAR NIKAH

anak luar nikah

Menurut kisah yang dikongsikan, gara-gara si bapa takut malu kerana dirinya sendiri tidak bernikah dan melahirkan anak luar nikah, seorang anak bertindak mengamalkan gaya hidup bebas hingga melahirkan enam orang anak luar nikah.

Niat anaknya untuk berkahwin pada usia 19 tahun adalah tanpa sedar bahawa dirinya seorang anak luar nikah dan bapa yang enggan mewalikannya membuat dirinya memilih kehidupan luar jangkaan ini.

“Di usia 19 tahun, nak berkahwin dengan pasangan yang masing-masing berkerja KFC dan sebaya. Dah siap isi borang nikah, sampailah ke bahagian wali. Hubungi bapa minta bagi maklumat wali. Bapa tak mahu bagi wali,”

“Kemudian hubungi maklah pula, bertanyakan perihal wali dan bertanya kenapa bapa tak nak bagi wali untuk urusan nikah..?”

Tenyata, jawapan dari ibunya sangat mengejutkan kerana sebenarnya mak ayahnya sendiri tidak pernah berkahwin!

“Bapa tak boleh jadi wali sebab mak dengan bapa tak pernah berkahwin, kau kena pakai wali hakim,” kata ibunya.

Lantas, wanita tersebut menyambung urusan dengan meminta pandangan pihak agama. Apa yang diperlukan adalah pengakuan daripada mak dan ayah wanita tersebut. Namun, apabila ustaz di Pejabat Agama meminta si ayah untuk membuat ‘AKUAN SUMPAH MENGATAKAN YANG BELIAU TIDAK BERKAHWIN DAN NAK GUNA WALI HAKIM UNTUK KAHWINKAN ANAK’, si ayah tidak mahu kerana mengatakan itu adalah aib dan maruahnya.

Bukan itu sahaja, kesemua nama anak mempunyai bin dan binti kerana ketika zaman dulu, surat beranak mudah untuk dipalsukan untuk letak bin dan binti. Jadi, Pejabat Agama memutuskan bahawa mereka tidak boleh membantu urusan wanita yang ingin menggunakan wali hakim tersebut.

PEJABAT AGAMA TAK BOLEH NAK BUAT APA…

anak luar nikah

Foto hiasan.

Maka, wanita itu pun ditinggalkan oleh lelaki tersebut. Lelaki mana yang mahu beristerikan wanita yang tidak tahu asal keturunan, lagi-lagi wanita yang telah menipu laporan kelahiran dan mengatakan ada bin/binti, hakikatnya tiada nasab sebenarnya.

“Maka si beliau pun bawak diri. Meronta, protes dengan takdir. Tidak ada yang memujuk dan memberi semangat. Maka hanyutlah beliau dengan kawan-kawan sekapal dan mulalah terjebak dengan NAJIS DADAH,”

“Dari situlah beliau juga sudah tidak ada pantang larang lagi dah. Duduk bercampur lelaki perempuan tiada had batas. Sambil menghisab dadah, layan pulak dengan seks-seks bebas. Dari 1 kelahiran berjangkit jangkit jadi 6,” ceritanya lagi.

Pusingan hidup menjadikan wanita tersebut sama dengan situasi yang dilalui oleh mak ayahnya sendiri yang tidak pernah berkahwin. Secubit pun mereka tidak berasa insaf atau kesal dan mahu bernikah. Akhirnya segala natijah kehancuran itu diterima oleh anak anak dan cucu-cucu.

Baca juga: 70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Kahwin Lelaki Gaji Bawah RM5k, Rela Bujang..

Sumber: Ezzyat Ezza

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×